RAFFY melepaskan keluhan kecil sambil tangannya menolak daun pintu bilik. Sejak habis cuti, dia telah dikerah oleh papa agar berkerja lebih. Setelah 4 bulan bercuti, dia kembali berkerja seperti sebelumnya. Hmm..penat!
Beg kerja di letak tepi meja solek sebelum dia tersenyum apabila melihat Aisy yang berbaring di katil. Bantal busuk miliknya menutup kepala isterinya itu. Perlahan-perlahan dia melangkah menghampiri isterinya itu. Bunyi kunci kereta yang tergantung di tali pinggangnya berbunyi bila dia melangkah.
Bantal bergerak-bergerak sebelum wajah pucat Aisy kelihatan. Aisy tersenyum dan dia bangun dari baring.
“Fy baru balik?” laju tangan Aisy mengelap sisa air mata di pipinya.
“Napa nangis ni?” Raffy menghulur tangan.
Pantas Aisy menarik dan menyalaminya. Dah jadi kebiasaan yang dibuat sejak mereka tinggal bersama. Itu pun setelah ibu mengajarnya, cara-cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
“Kepala Aisy pening dari tadi. Tu yang tak tahan..” adu Aisy perlahan.
Jari Raffy pantas mengesat lembut sisa air mata Aisy. Wajahnya redup memandang muka pucat isterinya itu. Sejak di sahkan isterinya itu hamil, isterinya sering saja diserang migraine. Naik risau Raffy akan kesihatan Aisy.
“Nak Fy urutkan?” soal Raffy perlahan.
Aisy menggeleng dengan senyuman hambarnya. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang penat, balik dari kerja.
“Jangan risau la. Sakit Aisy dah berkurang pun.”
Raffy tersenyum. “Alhamdulillah.. kalau sakit lagi, bagitau Fy ek. Fy sedia urutkan kepala Aisy.”
Aisy angguk sekali, faham.
“Good” Raffy tarik nafas. Kemudian dia segera memeluk tubuh Aisy.
“Aisy, Fy dah lapar. Aisy dah makan ke?” bisik Raffy perlahan.
Aisy menggeleng.
“Aisy tunggu Fy. Tu yang belum makan. Fy pergi mandi dulu, Aisy turun bawah panaskan lauk tadi.”balasnya.
Pelukkan dilepaskan. Dahi Aisy dicium sebelum bibirnya mengukirnya senyuman. Lel.. pipi Aisy ni kalau tak merah, tak boleh ke? Raffy mencuit pipi Aisy sebelum dicium.
Spontan Aisy menolak tubuh sasa Raffy. “Fy pakai perfume, hah?”
Raffy terkesima. Aih?
“Bau Fy..” Aisy tutup hidung.
“What? Busuk ke?” Muka Raffy cuak.
“Perfume Fy..”
“Aisy tak suka. Makin pening kepala ni. Fy pergi mandi la.” Aisy mula menjauhkan diri. Kepalanya yang tadi sikit 'punya baik', kini kembali berdenyut.
Raffy berdiri. Keningnya berkerut. Selama ni Aisy tak pernah pun complaint pasal bau perfumenya. Wajah Aisy direnung. “Fy nak mandi.”
Tuala dicapai. Kemeja dibuka dan terus dicampak ke arah Aisy. Aisy sempat mengelak. Meletus ketawa Raffy besar.
“Fy ni kan! Saja uji kesabaran Aisy. Ish!” Aisy mengambil baju kemeja Raffy yang landing atas lantai dengan dua jari. Sebelah tangannya pulak menutup hidung.
Raffy tersengih. Sebelum masuk ke bilik mandi, dia segera merapati Aisy. Tubuh Aisy dipeluk kejap.
“Ya Allah! Fy.. lepaslah..Fy berpeluh ni” Aisy meronta-ronta supaya suaminya itu melepaskannya.
“Lain kali jangan ejek bau perfume Fy, tau?” Raffy sengih lebar sebelum melepaskan pelukan.
Aisy gigit bibir.
“What ever.” Aisy mengalah dan terus melangkah ke pintu.
“Comel bila dia marah. I love her!” omel Raffy sebelum mulutnya bersiul-siul masuk ke bilik mandi.
MATA ku Amira membulat tatkala melihat gerangan seorang gadis berpakaian seperti orang di negeri orang putih. Matanya terkebil-kebil melihat susuk tubuh yang tidak berapa di camnya itu.
“Mum, it’s me..Aida. Takkan tak kenal..” Aida gelak.
Spontan mulut ku Amira terlopong. Dia kemudian memeluk tubuh anaknya itu. Setelah 4 bulan lebih anaknya itu pergi membawa diri ke USA, kini kembali dengan perubahan baru.
“Aida.. mummy rindu kamu nak.” pelukkan makin kemas di tubuh Aida.
Aida tersenyum. Tubuh mummynya dilepaskan. Matanya memandang muka ibu yang lama tidak dijumpanya.
“Now Aida dah balik mum. Let’s celebrate ya?” ujar Aida girang.
Pantas ku Amira mengangguk. “Just us?”
“No! Aida nak panggil semua kawan Aida and.. Raffy also!”
“What?” Ku Amira terkejut.
Sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki itu, sejak lelaki itu berkahwin. Aida pun jarang sekali menyebut lelaki itu apabila mereka berbual dalam talian.
Tapi kenapa tetiba? Adakah anaknya itu masih punya perasaan pada lelaki itu?
Aida tersenyum sinis. Dia perasan wajah mummynya itu berubah.
“No worry mummy. I already over it. I just invite him as a friend. Is it wrong?” Aida senyum palsu.
“Er.. okay la. Janji Aida takkan buat hal masa celebrate nanti, okey?
“Uh-huh, I will mum!” jawab Aida dengan senyuman lebar.
Namun dalam hati sudah ada rancangan yang akan di buatnya.
Tangannya tetiba menyentuh perutnya. Sudah 4 bulan perutnya itu kosong setelah anak yang berada di dalam janinnya di buang. Ya, dia buat abortion sebab tidak mahu menanggung malu kelak nanti.
Dan doktor pun sudah mengesahkan yang dia besar kemungkinan tidak akan dapat mengandung lepas ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
DiversosPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...