Bab 23

1.6K 52 0
                                        

"AISY, ibu Zera datang!" Jerit Sabrina sambil menjemput wanita anggun itu masuk dengan senyuman.

Sabrina kemudian tersengih. Jujur dia cakap, muka ibu Zera masih kelihatan muda. Kalau orang tidak tahu, mungkin orang mengatakan wanita itu dengan Aisy macam adik-beradik.

"Duduk dulu, ibu Zera. Saya ambik air dulu."

"Eh, takpe la Sabrina. Susah-susah je.. Lagipun ibu Zera kejap je ni." Tolak ku Zera, sopan.

Dia tidak mahu menyusahkan gadis baik itu.

"It's okay, ibu Zera. Kejap ye.. "

Belum sempat ku Zera bersuara lagi, Sabrina sudah berlalu meninggalkannya. Ku Zera tersenyum. Dia bersyukur sangat kerana anaknya tinggal di tempat orang yang baik seperti keluarga Sabrina.

Dia tahu Sabrina keturunan orang-orang yang baik. Sebab itu lah dia tidak ada masalah Aisy tinggal bersama Sabrina dan keluarganya.

Akan tetapi..

"Ibu!" Seru Aisy kemudian berlari memeluk ibunya.

"Allah! Rindu ibu kat Aisy. Aisy apa khabar sayang? Sorry ibu selama sebulan outstation" ujar ku Zera sambil membalas pelukkan Aisy. Ketat.

Sungguh dia rindu Aisy. Kalau bukan kerana kerja, mungkin dia juga hari-hari datang ke rumah Sabrina.

"Aisy pun rindu ibu. As you can see, I'm just fine. Alhamdulillah.. Ibu pulak?" Aisy pandang ibunya.

"Alhamdulillah, ibu pun sihat wal'afiat. Meh duduk."

Pelukkan mereka terlerai. Aisy duduk sebelah ibunya. Wajah awet muda ibunya direnung dengan senyuman.

Sejak abah pergi, ibu selalu hantar message padanya. Sering bertanyakan khabar. Dan dia juga sudah memaafkan ibunya kerana meninggalkannya bersama keluarga tirinya.

Past is past, life is too short for us to not over for something bak kata Fatin.

"Aisy. Ibu nak cakap sesuatu. Boleh kan?" Tanya ku Zera, tetiba. Wajah pucat Aisy dipandang lembut.

Aisy tergelak perlahan. "Cakap je la ibu. Tak payah mintak izin pun."

Ku zera ukir senyuman kecil. Kepala Aisy yang bertudung digosok perlahan. Aisy suka dengan perbuatan ibunya itu. Nampak disayangi.

Sabrina muncul sambil membawa dua cawan di atas dulang. Kemudian dia meletakkan atas meja kopi. "Minum ye ibu, Aisy. Saya pergi ke dapur dulu."

Dua orang perempuan itu mengangguk.

"Minum dulu ibu.." Jemput Aisy sambil menghulurkan cawan berisi air nescafe.

"Thanks." Ucap ku Zera dengan senyuman.

Sebaik sahaja sekali teguk, ku Zera meletakkannya kembali. Wajahnya kini menghadap Aisy.

"Aisy, ibu minta maaf sebab permintaan ibu ni mendadak. Tapi ibu nak.. Aisy faham."

Aisy kerut dahi. "Macam serius je? Apa permintaa ibu tu?"

Ku Zera tarik nafas, sebelum dihembus. "Ibu nak Aisy tinggal dengan ibu."

"Uh?" Aisy terkejut. Tinggal dengan ibu? Which is aku pun tinggal dengan keluarga baru ibu? Aisy berfikir sejenak.

"Dear, ibu nak sangat Aisy tinggal dengan ibu semula. Ibu nak jaga Aisy. Ibu nak tebus balik apa yang ibu dah buat pada Aisy dulu. Please sayang.. Ibu tak nak Aisy berseorangan lagi.. "Rayu ku Zera, mengharap anaknya itu akan setuju.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang