“ANAQI..come to papa…takkan dok bergayut ngan mama je? Jeles la papa..” Raffy cuba menarik Anaqi dari genggaman Aisy, namun anak lelakinya itu merengek seperti tidak mahu melepaskan ibunya. Aisy gelak dan Raffy buat muka tidak puas hati. Hampir enam bulan berlalu..bermacam-macam perkara sudah dilalui dua pasangan itu.
Ren dan Zen sudah pun punya seorang anak perempuan sebulan lalu. Faid dan Fatin pulak sudah berkahwin dan sekarang honeymoon kat Mekah. Terus kerjakan haji kata Faid. Alhamdulillah.
Manakala yang lain, masih seperti selalu. Mei masih single. Master sibuk menjaga anak buahnya, Mio yang dikatakan seperti muka Aisy. Pada mulanya mereka terkejut juga sebab mengetahui bahawa Mio anak buah Riko. Patut la master amat menyukai Aisy disebabkan muka dia tak saling tumpah seperti Mio.
Ziyad? Dah lama menjauhkan diri dari keluarga. Mirul pulak dah bertunang dengan Shikin. Sekarang mereka berdua tengah study kat US melanjutkan pelajaran.
Dan..
Aida. Mereka tidak lagi mendengar khabar angin tentang dia. Entah mana dia berada, dua pasangan itu tidak mahu ambil tahu. Mereka hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja.
Sumpah Raffy katakan, yang dia bahagia bersama isterinya, Puteri Aisy dan juga anaknya Muhammad Anaqi Lutfi. Dia tidak mintak banyak, asalkan dia bahagia bersama orang yang yang disayanginya.
Raffy peluk Aisy dari belakang. Ketika ini mereka sedang berdiri di beranda rumah sambil memandang ke hadapan di pagi hari.
“I love you so much, Aisy.” bisik Raffy agak romantis.
Aisy tersenyum manis. Sebelah tangan menyentuh tangan suaminya yang berada di pinggang, sementara sebelah kiri erat memegang Anaqi yang diam.
“I love you too, Raffy. Thanks sebab bahagiakan Aisy. Aisy tak sangka pun yang kita ni berjodoh sampai punya anak yang comel ni..” ucap Aisy ikhlas sambil pipi Anaqi dicium lembut.
Anaqi gelak kecil, suka.
“Thanks to you too, babe. Tu la, dulu Fy dah pesan. Jangan buat spekulasi melulu kalau tak cuba perkara ni terlebih dahulu. Orang tua kata, jodoh takkan ke mana pun.” Raffy mencium pipi Aisy selamba.
“Mana la Aisy tau. Dulu kan Aisy seorang yang negative over positive? Jadi it’s not my fault pun.” jawab Aisy bersahaja dan Raffy tergelak.
“Yela, yela. Pandai isteri Fy ni menjawab kan?” pipi Aisy dicubit lembut.
“Mestila. After all, I’m your wife!” Aisy sengih sebelum diam saat bibir suaminya itu melekat pada pipinya kejap. “Ma-malu la Fy! Nanti jiran kita nampak..”
“Ngee, who care. Kitakan suami isteri? Abaikan pandangan orang.” jawab Raffy selamba.
Aisy menggeleng. Dah dapat anak satu, perangai masih tak berubah.
“Jom la masuk. Kejap lagi Fy masuk kerjakan?” Aisy melangkah masuk dan diikuti Raffy.
“Umm.. agaknya, Fy tak masuk kerja lagi kot..” tutur Raffy sambil tangan naik mengusap tengkuknya.
Pantas Aisy pusing belakang pandang Raffy dan dahinya mula berkerut.
“Kenapa? Dah 3 bulan Fy tak masuk kerja, tak cukup lagi ke?” lama Aisy pandang suaminnya. Jangan disebabkan aku, dia tak masuk kerja. Nanti apa pulak kata mama sebab aku penyebab anak dia tak masuk kerja. Ish, mengada la Fy ni..
“Ha’ah. Tak cukup sebab Fy nak bermanja lama dengan bini dan anak Fy.. salah ke babe?” muka isterinya dipandang redup.
Aisy tidak menjawab soalan Raffy, sebaliknya dia meletakkan Anaqi dalam katil baby. Dipandangnya Anaqi yang sudah mula bermain dengan anak patung.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
DiversosPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...