AISY merenung keluar jendela. Tingkap jendela dibiar terbuka luas. Dia betul-betul leka sampai tidak sedar Sabrina sudah berada di belakangnya. Sabrina memanjangkan tengkuknya. Memandang apa yang dipandang Aisy. Nothing. Dia mengerut dahi kemudian.
"Tengah menungkan apa tu?" Soal Sabrina dan Aisy terkejut.
"Akak.."Aisy bingkas bangun. Dia menggaru keningnya sambil senyum kelat. "Taklah. Aisy boring je. Tu yang tengok-tengok kat luar."
"Oh yea?" Soal Sabrina, tidak percaya. Dia kemudian duduk di hujung katil Aisy. Aisy turut melabuhkan duduk sebelah Sabrina.
"Tak masuk kerja?"
Aisy menggeleng.
"Kenapa ni? Cuba cerita kat akak. Kitakan satu family?" Suara Sabrina, perlahan.
Aisy tunduk. Perlu ke dia luahkan apa yang terpendam dalam hatinya? Lagipun Sabrina menganggapnya sebagai adik. Tak salah kot, aku nak bercurhat. Seeeh... Aisy sengih.
"La sengih pulak dia." Sabrina gelak.
Aisy berdeham. "Sebenarnya Aisy gaduh dengan crush Aisy."
Terus mata Sabrina membulat. Matanya yang sedia besar, semakin besar. Terkejut.
"Aisy ada crush?"
Aisy mengangguk, tersipu malu. "Yee."
"Then, kenapa korang bergaduh?" Tanya Sabrina, seperti berminat dengan cerita Aisy. Maklumlah. Aisy jarang betul nak bercerita tentang dirinya. She's like a mysterious girl.
"Dia.. Dia ajak Aisy kahwin." Aisy tunduk lagi. Jari dimainkan.
"Oh my!!! Really? Pastu apa jawapan Aisy?" Sabrina makin tidak sabar mendengar cerita Aisy. Cerita hot ler!
"Well.. " Aisy tersenyum kelat. Ada perasaan hiba mula hadir. "Aisy reject dia."
Sabrina terkedu. Aisy crush kat lelaki itu. Lelaki itu pulak ajak Aisy kahwin. Tapi Aisy reject pulak?!
"Aisy ada sebab kenapa tolak niat baik dia tu." Sambung Aisy perlahan.
"Sabar ye dik." Sabrina menggosok bahu Aisy perlahan. Menenteramkan gadis itu yang kelihatan sedih.
Dia tahu kenapa Aisy bertindak seperti itu. Mungkin disebabkan masalah keluarganya ataupun sebab Aisy masih belum bersedia mahu memegang title sebagai seorang isteri.
"RAFFY dah sedia?" Soal ku Aliyuddin di depan pintu bilik Raffy. Kelihatan anaknya itu segak dengan berpakaian formal.
"Yeaa. I'm ready." Jawab Raffy sambil mengemaskan tali lehernya. Dia memandang dirinya di hadapan cermin. Wajahnya kelihatan kosong. Sekosong hatinya sekarang ini.
"Jom, mama dah tunggu kat bawah." Ku Aliyuddin berlalu kemudian Raffy membuntutinya.
Tiba di bawah ku Rafna sudah tersenyum sambil memandang anak terunanya. Nampak segak dalam pakaian formal.
"Raffy dah sedia?" Soal ku Rafna sebaik sahaja dua orang lelaki itu melabuhkan punggung.
Raffy cuma mengangguk dan tersenyum nipis. Tidak ada moodnya mahu berbicara.
"Hm. Baguslah. Dari kerja kat cafe tu, apalah sangat.."getus ku Rafna seraya mencebik.
Raffy diam. Tapi fikirannya melayang kepada seorang gadis. Gadis yang menolak cintanya secara terang-terang. Kotak ingatan kembali menerjah ke mindanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...