AISY mengucup yassin sebaik sahaja tamat dibaca. Kemudian matanya statik memandang batu nisan yang kaku depannya. Kemudian dia tersenyum hambar.
“Terima kasih atas segala-segalanya. I won’t ever forget you..In Sha Allah..” Aisy kesat air matanya.
Sudah enam tahun arwah pergi. setiap hari kematian arwah tiba, Aisy akan datang melawat. Tidak pernah sekalipun Aisy miss hari itu.
“Sayang…” tetiba bahunya dipeluk seorang lelaki. Pantas Aisy menoleh sebelum ukir senyuman nipis.
“Jom balik. Dah panas terik ni. Anak-anak pun dah lapar tu.” Jari Raffy menunjuk ke arah keretanya.
Anaqi sedang memegang adik kecilnya, Aisyah dan sebelah Anaqi pulak.. Adam sedang tidur berdengkur di bahu abangnya.
Aisy tersenyum. Tangannya dipegang kemas Raffy sebelum ditarik lembut sehingga masuk ke kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin panas, Raffy mengambil peluang memandang isterinya.
“Penat?” soalnya lembut dan Aisy pantas menggeleng.
“Fy.. hari ni..” Aisy matikan ayatnya. Terasa berat lidahnya ingin menuturkan ayat tu.
“Yee. Today Ziyad..” Raffy turut kelu lidah.
Semenjak 6 tahun lalu kejadian itu berlalu, akhirnya hari ni Ziyad bakal di hukum tali gantung dek kesalahan membunuh Aida dengan sengaja. Sebelum di tali gantung, Ziyad diberi peluang selama 5 tahun untuk membersihkan diri dan bertaubat. Permintaan ini juga dipinta dari pihak keluarga Aida.
Tapi malangnya, Ziyad tidak berubah walaupun diberi peluang untuk bertaubat. Malah keadaan lelaki itu semakin kriktikal dalam penjara.
“Jangan risaulah pasal dia. Yang penting sekarang ni, kita dah bahagia sayang. Tiada siapa lagi yang boleh menganggu kebahagiaan kita melainkan kehendakNya.” tutur Raffy perlahan sambil tangan sudah menggenggam tangan Aisy yang sejuk.
Perlahan Aisy ukir senyuman manis sebelum mengangguk.
Dia bersyukur sangat kepada ke hadrat Ilahi yang memberikan mereka peluang bahagia. Ditambahkan lagi kemunculan dua orang anaknya yang masih kecil, mewarnai kehidupan mereka.
Terima kasih Ya Allah..aku harap lepas ni..aku akan bahagia bersama orang yang aku sayang sehingga ke Jannah Mu Ya Allah. Doa Aisy dalam hati.
“I love Fy and child.. so much.” tutur Aisy perlahan.
“I love Aisy and child so much more too.. thanks sayang.” balas Raffy sebelum mencium tangan isterinya.
“Anaqi sayang mama dan papa dan adik adik juga!” sampuk Anaqi dan kedua orang pasangan itu terus gelak.
Author: alhamdulillah dah habis cerita April Love. Thanks reader, yg baca novel sya ni. Walaupun cerita ni hambar :))
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...