ZIYAD membalingkan semua benda yang berada atas meja kerjanya. Habis semua benda berselerak atas lantai dan juga ada serpihan kaca yang pecah tanpa dia sedar. Nafasnya turun naik menahan marah. Sejak kejadian semalam, dia tidak balik ke rumah dan tidur di office tempat kerjanya.
Sungguh, dia marah pada dirinya kerana menolak Aisy dan membuatkan gadis yang disayanginya itu terluka. Dan paling buat dia marah adalah Raffy!
Lelaki tak guna yang merampas miliknya.
“Lelaki tak guna!” jerit Ziyad kuat.
Kali ni tangannya menumbuk meja yang berkaca dan meja itu terus pecah.
“Ya Allah! Ziyad kamu ni dah kenapa?” datok Zhariff tetiba muncul dengan muka terkejut. Patut la banyak perkerja-perkerja panjang tengkuk memandang pintu bilik Ziyad. Rupanya boss mereka sedang mengamuk!
Matanya liar memandang ruangan bilik kerja anaknya itu. Bersepah dan banyak serpihan kaca yang berkeliaran.
“Leave me alone, babah.” kata Ziyad mendatar. Sedaya upaya dia mengawal amarahnya pada orang tuanya.
“Ziyad.. kalau ada apa-apa, bincang dengan babah. Babah tak nak tengok kamu macam ni. Macam tak serupa orang tau tak?” ujar datok Zhariff lembut.
Wajah Ziyad kelihatan stress. Urat-urat di dahi juga kelihatan. Apatah lagi bawah matanya yang kelihatan membengkak. Barangkali lepas menangis semalaman.
“Orang takde mood nak cakap babah. Please just leave me alone!”
“Ziyad..”
“I said leave me alone!’ tengking Ziyad tetiba.
Terkedu datok Zhariff seketika sebelum dia akur, keluar dari office Ziyad dengan muka yang keruh.
Dia menghela nafas panjang sebelum mendekati meja P.A Ziyad.
“Zack, tolong cancel semua meeting dan jangan bagi orang jumpa dengan encik Ziyad okay?” pinta datok Zhariff sebelum Zack mengangguk faham.
“Alright, thank you.” seusai berkata datok Zhariff kembali ke bilik kerjanya. Pening kepalanya usah di cakap. Banyak perkara yang difikirkannya selain memikirkan anaknya Ziyad.
Datok Zhariff melabuhkan duduk. Dia mengeluh lagi sambil bebola matanya memandang satu gambar yang terletak atas meja.
“Mana kamu pergi, Mirul? Dah berbulan-bulan kamu tak balik..” omel datok Zhariff memandang photo yang kaku.
Tetiba, datok Zhariff teringat akan Aisy yang terlantar di hospital. Tanpa menunggu lama lagi, dia terus bingkas bangun dan keluar dari officenya.
“MIRUL, you tak nak balik ke rumah you ke? Dah lama you bertempek kat rumah I ni. You tak rindu family you ?” soal Shikin sambil melabuhkan duduk sebelah Mirul yang sedang menonton tv.
Shikin kenal akan kekasihnya itu. Kalau ada masalah, mesti akan datang ke rumahnya dan tidur di rumahnya. Namun tidak lah berpanjangan. Tapi kali ni, Shikin yakin. Mirul betul-betul menghadapi masalah besar sampaikan lama bertempek di rumahnya.
Mirul mengalihkan pandangan kepada Shikin.
Shikin wanita yang paling setia menjadi kekasihnya walaupun wanita itu tahu bahawa dia seorang kaki playboy.
“I tak nak balik. I benci dia orang.” balas Mirul tanpa perasaan.
Shikin hela nafas pendek. “You tak boleh cakap macam tu. Dia orang tetap mak bapak you. Lain la macam I ni. Mak bapak I dah takde. Tapi walaupun mak bapak I dah takde, I still ingat dia orang tau.”

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...