"AISY, meh sini. Biar pembantu uruskan semua tu.." Ku Aliyuddin memanggil Aisy yang sibuk membantu pembantu-pembantunya di dapur. Dia akui Aisy memang jenis ringan tulang. Awal pagi sudah dia nampak Aisy turun masuk ke dapur.
Aisy tersenyum. Saat matanya bersatu dengan mata mama mertuanya, terus mati senyumannya. Renungan ku Rafna sangat menakutkan.
"Umm..papa, Aisy panggil Raffy dulu ye.." pamit Aisy sebelum berlalu setelah papa mertuanya mengangguk.
Dia bukan apa, dia takut bersemuka dengan mama mertuanya. Seriau brah!
Kaki laju menaiki anak tangga.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik Raffy, dilihatnya Raffy masih tersadai di atas katil. Cara lelaki tidur itu juga menyakitkan matanya. Terbongkang sana, sini! Aduhai.. Aisy menepuk dahi sebelum mendekati sebelah katil.
"Awak, bangun la." Aisy menepuk bahu Raffy lembut.
Tiada respons. Hanya bunyi deruan nafas yang kepenatan terlakar di wajah tenang lelaki itu.
Aisy terdiam, merenung wajah itu. Lebih dekat. Tu lah awak. Siapa suruh kahwin dengan saya? Kan awak yang penat. Hmm.. kesian suami aku ni..
Aisy menepuk lagi bahu Raffy.
Masih tiada respons.
"Raffy.." hidung mancung Raffy dicuit sikit.
Raffy bergerak sedikit, tetapi langsung tidak membuka matanya.
"Aishhh! Awak ni. Tidur mati ke apa?" bebel Aisy perlahan. Kemudian, bibirnya tersenyum nakal. Dia naik ke atas katil, kemudian dia berdiri tegak sambil menarik nafas sebelum dihembus.
"Awak bangun! Rumah awak dah nak roboh! Woi!" Aisy menjerit kuat sambil dia melompat-lompat tepi Raffy.
Raffy yang terkejut dengan jeritan itu terus bangun. "Ya Allah!"
Tanpa menoleh Lelaki itu terus melangkah keluar. Aisy yang melompat terus terhenti dan tawanya pecah. Dia bergolek-golek mentertawakan Raffy yang kalut sampai keluar.
"Puteri Aisy!!" jerit Raffy di luar menyentakkan Aisy.
Hilaian tawanya mati tatkala lelaki itu sudah berdiri di hujung katil. Wajah Raffy serius. Aisy memandangnya dengan mata yang terkedip-kedip.
Satu saat..dua saat..
Akhirnya Aisy gelak lagi. Sampai tangan menyentuh perutnya mentertawakan rupa beruk Raffy.
Raffy menggosok rambutnya yang berserabai. Dia malu sebab diketawakan Aisy. Lagi-lagi dengan mukanya yang terkejut tadi. Pasti lawakkan?
Tanpa bersuara Raffy mendekati Aisy. Tubuh kecil Aisy ditarik, lalu dengan selambanya bibir Aisy dipagut lama.
Aisy tergamam. Terkaku.
Tawanya pun sudah mati dek tindakkan suaminya.
Raffy melepaskan Aisy. Dia tersenyum sinis. "Kenapa diam? Gelak la lagi."
Kecut tubuh Aisy. Pipinya sudah tebal berinci-inci.
"Eeei! Gatal!" Aisy bingkas bangun dan berlari masuk ke bilik mandi.
Kini giliran Raffy pulak yang gelak.
Gelak lagi..ha.. padan muka kena cium baru diam! Lepas ni tau lah aku macam mana nak diamkan kau Aisy..
"SO, Raffy ada plan nak honeymoon kat mana-mana tak?" soalan ku Aliyuddin membuatkan Aisy tersedak. Walaupun ketika itu dia tidak makan ataupun minum. Dia tersedak dan terbatuk sehingga kulit mukanya merah. Raffy di sebelahnya hampir tergelak, namun lelaki itu mengawal reaksinya.
YOU ARE READING
April Love✅
DiversosPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...