Bab 52

1.6K 42 0
                                    

“AISY!!!” Mei dan Ren serentak merapati Aisy yang baru masuk. Tubuh yang dulunya sedikit kurus kini nampak ‘berisi’ dari sebelum ni, dipeluk oleh kedua orang perempuan itu. Aisy tergelak kecil dengan gelagat mereka.

Fatin dan Syafura juga merapati Aisy. Mereka tersenyum sebelum turut memeluk gadis itu.

“Dah lama tak jumpa adik bongsu kita ni..” tutur Mei dengan muka menahan sebak.

“Yala, sejak dia pergi honeymoon.” Sahut Ren dengan sengihan.

“Dah ada ‘isi’ ke?” soal Fatin tetiba dan wajah Aisy merah seperti epal.

“Fat,agaknya ada kot.. tengok muka orang tu. Merah je..” sampuk Syafura sebelum mengaduh sakit apabila Aisy menepuk kuat di bahu gadis tu.

Mereka tergelak.

“Aisy! C’mere my little himouto(sister)!” Master muncul dan mula mendepakan tangannya tatkala melihat Aisy.

“Master!!” Aisy terus masuk ke dalam rakulan wanita tu. Sudah lama dia tidak berjumpa. “I miss you, master!”

“Haii,haii. Atashi mo( yes,yes.. me too)” balas master aka Riko. “So, how’s your life with Raf? Did he being a jerk to you again?”

Spontan Aisy menggeleng dengan senyuman manisnya. Sejak dia berkahwin dengan Raffy, dia sangat rasa bahagia. Segala duka yang dulu, telah terubat dengan sendirinya.

“Wait!” Ren tetiba menjerit. “Kau mengandung ke Aisy?”

Semua mata serentak memandang perut Aisy yang sudah nampak benjol tatkala baju besar Aisy kena tiup angin dan menampakkan benjol besar.

Aisy teguk air liur. Dia pasti lepas ni mereka akan mengusiknya lagi.

“Oh my! Kejap lagi aku nak jadi auntie weh!” Mei melompat-lompat riang. Begitu juga dengan yang lain sudah nampak seperti kanak-kanak riang.

Aisy garu tudung yang tidak gatal. Well, yang penting happy!












“Okay, you all may dismissed. Kita bincang lagi, lain hari.” Raffy bingkas bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat. Kakinya terus melangkah ke bilik kerjanya sebelum terhenti tatkala Shae memanggilnya.

Dia menoleh tanpa senyuman.

“Ada tetamu nak jumpa encik.” kata Shae perlahan.

Dahi Raffy berkerut. “Dia ada buat appointment ke tak?”

“Tak encik.” jawab Shae, sedikit gementar. Wajah dingin Raffy sangat menggerunkan.

“Then, jangan suruh dia masuk melainkan orang yang ada buat appointment sebelum tu. Faham?” suara Raffy perlahan namun tegas.

Shae terus mengangguk, mengerti.

Sebaik sahaja kelibat bossnya hilang, Shae melepaskan keluhan kecil. Dia walaupun sudah lama berkerja di sini..tapi tidak pernah dia sekalut macam ni. Ini lah kali pertama dia berkerja di bawah seorang lelaki tegas seperti Raffy.

Nampaknya, aku tak payah la simpan perasaan aku kat dia. Aku tak layak. Bisik Shae dalam hati sebelum melangkah ke bilik khas buat tetamu.

Pintu dikuak dan matanya memandang seorang wanita yang berambut perang. Minah celop agaknya, desisnya dalam hati.

“Umm, cik maaf ye. Cik tak dapat jumpa encik Raffy sebelum buat appointment.” Shae tersenyum.

“Huh? Perlu ke?” soal wanita itu angkuh.

April Love✅Where stories live. Discover now