AISY mengucup buku yassin sebaik sahaja habis dibaca. Dia kemudian memandang batu nisan yang masih baru di depannya. Air mata yang mengalir, diseka perlahan menggunakan scarf pemberian arwah ketika dia masih kecil. Dia tersenyum sebak.
Dia mendongak memandang awan tatkala air hujan turun perlahan. Dia bingkas bangun dan berlalu dari situ.
Motornya yang tersadai tepi pagar dinaiki. Belum sempat dia memusingkan kunci motor, hujan sudah turun dengan lebat.
Alamak! Basah la baju aku! Aisy lekas-lekas menghidupkan motornya. Dia rasa menyesal kerana terlupa membawa payung kecilnya yang selalu dibawa ke mana saja. Tapi entah kenapa hari ini dia terlupa.
Jalan raya yang sesak, melambatkan Aisy. Pakaiannya yang hanya memakai t-shirt panjang yang berwarna putih di dalam dan kardigan hitam di luar, sudah basah. Sehingga menampakkan singletnya dari dalam.
Aisy menggeletar kesejukkan. Nasib baiklah dia memakai helmet. Kalau tidak, malu dia kerana tudungnya yang sudah penyek!
“Aduhaii. Jam pulak jalan raya ni. Baik aku stay kat mana-mana dulu, sampai hujan teduh” omel Aisy kemudian bangun dan menyorong motornya ke tepi dan dia bergerak menukar haluan ke tempat lain.
Dia tahu ada orang memerhatinya dengan pandangan pelik sebab tidak ikut peraturan jalan raya, tapi ada dia kisah? Dia sudah basah dek hujan. Nak tak nak, terpaksa juga dia berbuat demikian.
Aisy tersenyum tatkala nampak sebuah warung yang lengang. Hanya ada beberapa pelanggan saja yang duduk sambil minum kopi. Aisy terus meletakkan motornya dan dia mendekati warung tersebut.
“Assalamualaikum mak cik.” sapa Aisy, sopan. Helmet tidak dibuka, hanya penutupnya saja dibuka sikit.
Mak cik itu menjawab salam Aisy dan wajahnya terkejut. “Masha-Allah nak. Basah kamu dek hujan ye.. sini, mak cik ada tuala. Kamu cover la tubuh kamu tu.”
Aisy tunduk memandang tubuhnya. Ha’ah patut la pak cik-pak cik tu tengok aku semacam saja. Dia terus menoleh pada orang tua yang memandangnya dengan senyuman nipis. Aisy tersenyum senget.
“Nah! Tuala mak cik ni bersih. Pakai la ye..” mak cik hulurkan tuala kepada Aisy.
“Terima kasih mak cik.” Aisy membaluti tubuhnya dengan tuala mak cik yang berlambangkan ‘hello kitty’. minat hello kitty rupanya mak cik ni!
“Kamu nak pesan minuman panas?”
“Ha’ah mak cik. Teh tarik panas ye..” pinta Aisy kemudian berlalu duduk di atas kerusi kosong. Tangan membuka helmetnya dan ternyata tudungnya penyek macam kertas basah! Terus dia mengemaskan sebaik mungkin.
Dia mula rasa mengigil kesejukkan. Tetiba pulak poketnya bergetar.
“Woo, nasib baik telifon aku ni waterproof!” bebelnya sambil mengeluarkan telifon bimbitnya. Dahi berkerut melihat nama yang tertera di skrin telifonnya. “Raffy?”
“Babe! Kau kat mana? Kenapa tak angkat call aku? Kau kat mana sekarang ni?” tanpa sempat Aisy memberi salam, dulu-dulu Raffy menyerbunya dengan pelbagai soalan.
Keluhan kecil dilepaskan. Teringat perbualan Aida, membuatkan Aisy tawar hati mahu berbicara dengan lelaki itu. Hatinya masih terasa dengan kata-kata Aida.
Ya dia akui, dia percaya akan kata-kata Aida, namun fikiran warasnya menidakkan separuh kata-kata Aida.
“Kat warung. Depan jalan raya Jalan Terabur.” kemudian Aisy mematikan talian. Telifon di off, dan dimasukkan dalam poket semula. Malas dia nak fikirkan masalah yang membuatkan kepalanya jadi migraine.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
DiversosPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...