Bab 55

1.6K 41 0
                                    

“KURANG ajar!”

Tangan Ziyad tepat menumbuk muka Raffy dan Raffy tidak sempat mengelak terus terteleng mukanya ke sisi. Ketika itu Raffy sedang mahu bergerak menuju ke keretanya sebelum Ziyad merapatinya.

“Abang Yad!” jerit Aisy sebelum merapati Raffy yang memegang rahangnya. “Apa abang Yad buat ni?! abang dah gila ke?”

Mata Aisy memerah menahan air mata. Sakit hatinya tatkala melihat suaminya ditumbuk depan mata.

Ziyad tersenyum sinis. “Abang Yad tak gila dik. Dia ni yang patut adik tanya. Apa dia dah buat pada tunang dia, sebelum ni.”

Aisy dan Raffy tersentak.

“Tunang? Sebelum ni? Apa yang Ziyad cakap ni?” tetiba ku Zera dan Lina keluar sebaik sahaja mendengar suara mereka tadi.

“Ibu tak tau ke? Menantu ibu ni pernah bertunang. Sampaikan buat perkara tak elok kat tunang dia.” tutur Ziyad dengan muka sinis.

Tidak! Raffy tidak macam tu! Hari tu dia dah explain kat aku! Aisy menggeleng. Tangannya yang kejap memeluk lengan Raffy makin kemas.

“Fy tak pernah bertunang. Dan dia tak pernah pun bersama orang yang abang Yad cakap tunang dia tu. Percaya lah ibu..” Aisy pandang muka ku Zera. Air matanya yang bergenang dibiarkan sahaja.

Apa pun terjadi, dia akan tetap berpihak pada Raffy.

Raffy memandang isterinya yang seratus peratus berpihak padanya. Dia kemudian tersenyum hambar. Rumah tangga mana yang tidak di duga? Itu perkara yang mustahil jika tidak berlaku.

“Raffy, benar?” soal ku Zera perlahan.

“Betul ibu. Saya tak pernah bertunang dan tak pernah pun sentuh wanita bukan ajnabi.” sahut Raffy dengan muka seriusnya. Tangannya mula memeluk bahu Aisy.

“Aduh..” ku Zera hela nafas panjang. “Ini la yang terjadi selalu bila mereka bertemu Na.”

“Orang muda.” sahut Lina seperti faham akan keadaan itu.

“Hmm.” ku Zera pandang ke tiga-tiga orang tu. “Baik korang selesaikan masalah ni sebelum berlanjutan. Ibu takkan masuk campur. Jom Na..”

Ku Zera dan Lina kembali masuk ke dalam.

Tinggal lah mereka bertiga yang sudah berpandangan sesama sendiri. Ziyad mengetap rahangnya sementara Raffy tajam merenung abang iparnya itu. Aisy tersepit dalam ketegangan mereka.

“Abang Yad.. dah la tu..” lembut Aisy menuturkan kata.

Namun sia-sia. Tangan Ziyad sudah pun mencekak kolar Raffy.

Raffy hanya membiarkan.

“Abang Yad!”

“Adik diam! Pergi masuk! Abang Yad nak ajar budak ni dulu..” suara Ziyad mendatar. Tapi cukup membuatkan Aisy menangis, sebak.

“Excuse me bro, kau siapa nak arah kan bini aku diam ha? Dia isteri aku! Kau jangan nak cuba tinggi suara kat dia!” seusai berkata, Raffy menumbuk muka Ziyad.

Ziyad terjatuh namun bangkit semula.

Aisy menjauhkan diri sebelum menutup mulutnya. Mereka bertumbuk tanpa memedulikan dirinya.

Ya Allah.. apa aku nak buat ni! Aisy pegun sekejap, sebelum mendekati mereka lagi, sebaik sahaja Ziyad menumbuk muka Raffy bertalu-talu lagi.

“Ziyad dah lah tu! Dia suami saya lah!” jerit Aisy seraya menarik tangan Ziyad sebelum lelaki itu menumbuk lagi muka suaminya.

April Love✅Where stories live. Discover now