Bab 54

1.5K 37 0
                                    

“AISY!”

Aisy melajukan langkahnya. Tidak peduli dengan panggilan wanita itu walaupun sudah sampai lima kali wanita itu memanggilnya. Langkahnya yang tidak la selaju mana, terus terhenti tatkala tangannya ditarik kasar. Nasib baik Aisy sempat mengimbangi tubuhnya.

“Kau pekak ke apa? Dah banyak kali aku panggil kau!” marah Aida sambil dadanya turun naik menahan oksigen jantungnya.

“Oh, kau panggil aku rupanya. I thought it was someone else.” kata Aisy selamba.

Aida mengetap rahangnya. Dari hujung mall sampai la di parkir kereta, dia mengejar Aisy. Tapi dia tahu Aisy sengaja memekakkan telinga tapi dia tidak peduli asalkan hajatnya tercapai mahu berbicara dengan Aisy.

“Aku nak jemput kau datang ke party aku.”

“Huh? Are we even a friend?” soal Aisy sinis.

“Not really, tapi aku nak juga jemput kau.” Aida mengawal air mukanya, agar tidak dikesan Aisy. Sungguh dia rasa seperti baru kena tampar. Pedih pipinya.

“Oh. In Sha Allah. Lagi pun, due date aku dah dekat. So maybe, aku tak dapat keluar rumah lepas ni..” alasan Aisy berikan. Memang dia tidak mahu pun datang walaupun Aida menjemputnya dengan cara yang baik. Baik la sangat. Muka ketat, itu kata baik? Blah la.

Spontan Aida menatap perut Aisy yang sudah memboyot besar. Kalau janinnya masih ada, sudah tentu lebih besar dari Aisy. Aida senyum sinis.

“Hmm..what a shame. Raffy kau akan datang dalam majlis aku tu. Kau sure ke tak nak datang?” tipu Aida, memancing Aisy.

“Hn.” Aisy senyum sinis. “Aida. Sayang aku dah pun bagitau aku yang dia takkan datang. Sebab apa? Sebab dia takut kau akan buat perkara tak elok kat kita orang nanti.”

Sekali lagi, Aida seperti kena tampar. Kali ni lebih terasa dari yang tadi. Mukanya terkejut dengan bicara Aisy tu.

“Sorry ek.. but I have to go. I hate wasting my time..” tutur Aisy selamba sebelum dia masuk ke dalam kereta milik Ziyad yang baru beberapa hari lepas, lelaki itu meminjamkannya.

Aida masih terpegun di tempat berdirinya, sehinggalah Aisy hilang di matanya.

“Takpe. Aku buat rancangan lain lagi.” tekad Aida sebelum gelak kecil.











AISY mematikan enjin kereta. Perlahan dia keluar dari kereta, sebelum dia tersentak disergah oleh kakak tirinya. Wajahnya terus berubah melihat kakak tirinya itu. Spontan dia berlari merapati Tasha yang sembuh selepas kejadian beberapa bulan lalu.

“Ya Allah budak ni!” Tasha gelak tatkala tubuhnya sudah di dakap Aisy. Aisy memeluk Tasha sepuas hati. Rindunya pada Tasha, hanya Allah tahu.

“Akak apa khabar? Rindu la adik kat akak..” kata Aisy, manja.

Tasha tersenyum sambil mengusap lembut kepala Aisy yang bertudung.

“Baik alhamdulillah. Akak pun rindu adik juga. Sebab tu la akak mai terus, lepas kerja. Maklum, semenjak akak sakit, kerja akak berlambak tinggal  kat office.” jelas Tasha sebelum menarik tangan Aisy masuk ke dalam rumah.

Sampai di ruang tamu, Aisy nampak ibu tirinya berbual mesra dengan ibunya. Wajah Aisy terkejut.

“Aisy.. meh sini.” panggil ibunya.

Aisy akur dan berjalan perlahan merapati ibunya kemudian melabuhkan duduk di sisi ibunya. Tasha turut mengikuti duduk di tempat sofa lain.

Lina lama memerhatikan Aisy yang nampak tidak selesa. Namun dia tidak salahkan Aisy kerana seperti itu. Semuanya salah dirinya juga. Selama beberapa tahun jadi ibu tiri Aisy, tidak pernah sekalipun dia berlembut mahupun baik dengan anak tirinya itu.

April Love✅Where stories live. Discover now