RAFFY mengesat peluhnya di dahi. Sudah empat round dia berjogging di kawasan perumahan yang agak lengang. Sejak pukul enam pagi sehinggalah lapan setengah pagi. Kini matanya liar mencari tempat duduk.
Kaki dah penat, energy pun sudah kering. Saat matanya terpandang ada tempat yang elok dijadikan tempat duduk, Raffy tersenyum bahagia. Laju saja kaki panjangnya melangkah ke situ.
“Fuh! Pancit dah energy aku ni..” Omelnya sambil membuka kasar penutup botol air mineral lalu diteguk rakus.
Sebaik sahaja air mineral tersebut habis, dia membalingnya ke tong sampah dan goal.
Dia berehat sekejap sampai nafasnya kembali teratur normal.
Matahari yang kian meninggi dibiarkan sahaja. Air peluh yang turun diseka dengan belakang tangan. Matanya memandang kawasan perumahan yang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Sunyi dan seram. Raffy memasang headset yang tersedia bergantung di lehernya. Lagu Kpop menjadi pilihan.
Tetiba mata Raffy membulat tatkala bunyi orang memekak tidak jauh darinya. Dia mencari di mana suara itu dan kelihatan dua orang gadis sedang bergaduh di hadapan rumah.
Mata dikecilkan.. “Aisy?”
“Kau memang anak tidak mengenang budikan? Sampai sanggup kau kata ibu aku rampas suami ibu kau. Dasar manusia tidak mengenang budi!” Tasha ingin menampar Aisy namun Aisy terlebih tangkas menangkap tangan itu.
“Apa yang aku cakap tu memang betulkan? Ibu kau yang rampas suami ibu aku! Bukan ibu aku yang rampas!” tubuh Tasha ditolak kuat oleh Aisy sehinggakan menjerit gadis tu dek sikunya yang terluka terus.
Raffy terlopong. Wow, ganas!
“Apa kau dah buat kat anak aku ni!” muncul Lina mendekati Tasha yang sudah menjerit kesakitan. Tasha dibantu bangun. Kemudian dia merenung tajam ke arah Aisy.
“Kau dah kenapa? Dah tak tahan nak rampas takhta? Hah?!” tengking Lina sambil menunjal-nunjal kepala Aisy.
Aisy menepis kasar tangan Lina.
Lina terkedu. Selama ini Aisy tidak berani melawan. Habis-habis pun gadis itu hanya menyerah kalah dan diam.
“Kau tak payah baik dengan aku lah Lina. Sebabkan korang berdua, aku dan ibu aku hilang kasih sayang abah. Dan disebabkan korang, ibu meminta abah ceraikan dia!” nada Aisy tinggi.
Dia tidak peduli. Hari ini juga dia kena luahkan semuanya. Sudah lama dia bersabar. Dan hari ini, kerana Tasha mencabar kesabarannya, hati panasnya pun terus membara.
Hilang hormat dia pada Lina yang menjaganya selama ibunya pergi meninggalkannya.
“Oh, sekarang kau dah tunjuk taring ye Aisy..” kata Lina dengan senyuman sinisnya.
Tasha mencebik “Mentang-mentang abah takde, dia berani lawan kita ibu.”
Aisy senyum senget. Kata-kata Tasha sangat jelik dipendengarannya. Dia akui dia tidak melawan ibu tirinya tatkala abah ada kat rumah. Tapi tu bukan sebab sebenarnya. Kalau turutkan hati mudanya, mudah saja dia buat semua itu.
Tapi demi menghormatkan Lina yang menjaganya, dia pendam saja.
“Part tu yang kau salah Tasha.” ujar Aisy sinis.
Tasha kerut dahi. “Maksud kau apa?”
“Kalau bukan sebab kebaikkan ibu kau, aku takkan buat semua ni. Tapi nak buat macam mana kan. Hari ni hari aku. Kebetulan pula abah takde. Dah tiba masanya lah aku tunjuk taring aku!” luah Aisy.
ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
AléatoirePUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...
