Bab 48

1.5K 44 1
                                    

“AKAK!”

Tasha membuka kelopak matanya yang terasa berat. Pertama sekali dia lihat ialah muka manis adik tirinya. Perlahan tangan kanan di angkat ingin menyentuh pipi adiknya.

“You’re alive akak..alhamdulillah..” Aisy cepat memegang tangan Tasha. Air mata terharu akhirnya tumpah setelah lama ditahan sejak Tasha ‘tidur’.

“Maaf la. Akak buat adik risau.” ujar Tasha dengan senyuman nipisnya.

Pantas Aisy menggeleng.

“Yang penting akak selamat.” Aisy melepaskan tangan Tasha. “Ibu nak jumpa akak. Adik panggil ibu ye?”

Tanpa menunggu jawapan Tasha, Aisy terus keluar.

Beberapa saat berlalu, Lina masuk sebelum menutup daun pintu. Matanya pegun memandang anak tunggalnya yang terlantar di atas katil.

Perlahan kaki melangkah ke katil.

“Tasha..” seru Lina perlahan. Air mata tuanya tumpah. “Syukur nak, Tasha masih hidup. I-ibu tak tau kalau Tasha pergi dulu sebelum ibu..”

“Allah.. ibu, jangan la cakap macam tu. Kalau la Tasha pergi dulu, ibu mesti kena redha. Dah la.. jangan menangis lagi. Tasha dah selamat kan?” potong Tasha sebelum sempat ibunya itu habis bicara.

Jarinya perlahan mengesat air mata ibunya. Dia bersyukur. Masih diberi peluang hidup, padahal dia tahu. Dia hampir saja hilang nyawa di saat akhir tu.

Tiada mustahil pun bila kehendak-Nya.

“Ibu janji akan berubah lepas ni, Tasha. Ibu dah pun minta maaf kat Aisy. Ibu Zera juga ada kat luar dan dia pun dah maafkan ibu..” beritahu Lina dengan linangan air matanya.

Tasha senyum. “Alhamdulillah. Itu la yang Tasha nak sejak arwah abah pergi ibu. Arwah abah pun sempat bagi kami surat, sebelum arwah abah pergi.”

Bicara Tasha membuatkan Lina tergamam. Matanya redup memandag Tasha. “Surat korang?”

Tasha angguk sekali. “Ya. Nanti balik ibu baca la surat arwah buat Tasha tu. Tasha yakin, segala apa yang arwah abah tulis.. untuk ibu juga..”

Makin lebat air mata Lina memikirkan nasibnya. Dia merasa kesal. Kesal sebab ketamakkannya selama ni. Dia akui selama ini dia telah berjaya membuatkan rumah tangga orang hancur. Hubungan keluarga terputus. Semua itu berpunca darinya.

Aku kena bertaubat!





“AISY!” Aisy mengangkat kepala dan menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Ziyad berlari mendekatinya.

“Adik takde apa-apa kan?” soal Ziyad terus. Pandangan tiga orang manusia di abaikan.

Tadi pagi, mak Siti ada kata Aisy kat hospital. Tanpa berlengah, dia pun terus berdesup ke sini.

“Er..” Aisy terpingga-pingga seketika.

“Oi bro. Yang sakit, yang parah masuk ICU tu.. kakak dia. Bukan dia yang sakit!” kata Raffy sambil berdiri depan isterinya. Tidak sanggup hatinya melihat Ziyad cuba mahu menyentuh tubuh isterinya.

“So what? Aku risau kat adik aku je la. Apa masalah kau ni?” balas Ziyad walaupun dia tahu dia salah sangka.

Dah mula dah.. Aisy pegun di tempat berdirinya. Sekilas dia memandang ibunya, agar meleraikan dua orang budak kecil ni dari bergaduh.

Ku Zera yang mengerti terus mendekati antara dua orang lelaki itu.

“Boys, stop. Kat sini hospital. Bukan gelanggang boxing atau pun tempat bergaduh okey? Now..duduk. Jangan bikin orang panik lagi.” ku Zera mencekak pinggang dengan muka garangnya.

April Love✅Where stories live. Discover now