Bab 50

1.7K 48 0
                                        

“ABANG Fy!”

Raffy mengangkat wajah tatkala suara halus itu menyapa telinganya. Dilihatnya, Zulaikha berjalan perlahan menghampirinya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Sejak mereka berpindah ke bandar, beberapa tahun lalu.

“Hi Ika. Dah makin lawa abang Fy tengok kau ni. Dah ada yang berpunya ke?” gurau Raffy sebelum tersenyum.

“Ika memang lawa apa dari dulu. Abang Fy tu je yang buta tak tau nilai kecantikkan Ika ni..” sahut Zulaikha manja. Suka dia apabila dipuji macam tu.

Meletus tawa Raffy kuat. Bukan dia tidak tahu yang Zulaikha menyukainya sejak sekolah rendah. Dia tahu, tapi buat tak tahu. Sebab apa? Sebab dia sudah menganggap Zulaikha seperti adik kandungnya sendiri.

“Awat kata lagu tu, abang Fy dak kata Ika dak lawa dulu. Tapi sekarang abang Fy kata, Ika makin lawa.” ucap Raffy dengan sisa tawanya.

Penyapu di tangan, diletak tepi. Matanya kejap menatap Zulaikha yang macam cacing kepanasan.

Zulaikha gelak manja dengan usikkan crushnya itu. Kembang,kecup hidungnya tatkala dipuji.

“Abang Fy busy ka? Jom la lepak kat pantai lagi. Kan dulu masa kita kecik-kecik, suka main kat tepi pantai?” pancing Zulaikha, dia ingin berbual lama dengan lelaki itu.

Sejak semalam lagi dia menahan perasaan cemburunya kepada Aisy. Aisy yang disuap Raffy. Aisy yang dipujuk Raffy. Aih! Meluat aku tengok! Kalau aku tau jadi macam ni, dari dulu lagi aku patut masuk meminang Raffy! Dak pa perigi carik timba ka, timba carik perigi ka..asalkan aku jadi isteri Raffy!

“Dak la busy. Tapi, abang Fy dak nak tinggaikan isteri abang Fy tu. Dia masih sakit.” beritahu Raffy, jujur.

Zulaikha pusing muka ke kiri. Dia buat muka meluat sebelum kembali ke wajah kacak Raffy.

“Ala..kejap je. Lepas tu kita balik la semula kat sini” desaknya tidak mahu mengalah.

Raffy mula menggaru rambut pacaknya. Dia bukan tidak mahu menerima ajakkan Zulaikha tu. Tapi dia suami orang. Zulaikha pulak, anak dara. Kang apa orang kampung kata? Nak kena tangkap basah? No way! Aku dah isteri secantik Aisy. I can't afford bring another women in my heart! Ee siot jiwang kau Fy. Raffy monolog dalam hati.

“Abang Fy!” seru Zulaikha membuatkan Raffy tersentak. “Jadi ka?”

“I think I pass.”

La! Speaking omputih pulak! Zulaikha mencebik.

“Dak nak sudah. Ika dak paksa pun!” seusai berkata Zulaikha terus berlalu. Dengan sengajanya dia merempuh bahu Raffy kuat saat melepasinya.

Mak ai.. marah pulak dia.. Raffy menggaru pelipis sebelum jongket bahu. “What ever. Tak luak pun kalau kau nak marah. Aku tak dapat apa-apa pun.”




“Tok ma..”

Tok ma yang duduk menonton tv, terus menoleh ke arah suara rengekkan Aisy. Dilihatnya di dahi isteri cucunya itu sudah berplaster tokusen. Tersenyum dia melihat bini cucunya itu. “Mai la duduk sini.”

Aisy mengangguk dengan senyuman.

Dia melabuhkan punggung sebelah tok ma, sebelum tangan tua wanita itu menyentuh dahinya. Kening bertaut seketika. Dia sedikit terkejut dengan perbuatan tok ma itu. “Kenapa tok ma?”

“Dak. Aku nak tau ja. Hang ni..kot-kot kena demam. Selalunya orang megen ni selalu kena serang demam.”

Aisy hampir tergelak dengan sebutan tidak betul tok ma suaminya itu. Namun di tahan.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang