Bab 45
“ASSALAMUALAIKUM? Akak..adik datang ni..” Aisy mengetuk pintu rumah beberapa kali. Raffy dan Nizam setia berdiri di belakangnya. Mereka turut risau akan keadaan kakak tiri Aisy.
“Akak!” seru Aisy dengan tangannya yang masih mengetuk pintu.
“Apa terlolong-lolong depan rumah ni? Tak ada kerja ke kau nak buat ?” suara di dalam bersuara lantang. Sebaik sahaja daun pintu dikuak, alangkah terkejutnya Aisy melihat ibu tirinya.
Tubuh wanita itu nampak berisi tapi tidaklah seberisi macam dulu. Mukanya juga tampak biasa namun Aisy pelik tatkala melihat ada plaster di muka ibu tirinya itu.
“I-ibu?” panggil Aisy mendatar.
Tetiba api kemarahan Aisy mendidih secara mendadak. Penyebab kematian arwah kembali menerjah ke kotak ingatan.
“Apa hal kau datang sini? Kalau kau nak cari masalah, baik kau blah sebelum aku panggil jiran-jiran halau kau!” kata Lina lantang tanpa memedulikan dua orang lelaki di belakang anak tirinya itu.
Makin lama dia tengok muka anak tirinya tu, makin kuat perasaan bencinya pada gadis tu.
“Mak cik, isteri saya datang ke sini sebab nak jumpa kakak dia. Salah ke?” Raffy bersuara tatkala melihat Aisy hanya berdiam diri sambil merenung Lina.
“Oh! Kau la suami dia?” Lina tetiba gelak. “Mesti kau dah banyak duit kan? Ha, mana janji kau nak bagi aku duit kalau kau kaya? Mana, mana?”
“Mak cik!” nada Raffy meninggi.
Terkedu Lina seketika sebelum bibir itu tersenyum sinis.
Siot. Ini ke bakal mak mertua aku nanti? Desis Nizam dalam hati.
“Berani kau bersuara tinggi aku ye? Eh, kau jangan ingat kau tu suami kepada anak tiri aku, kau dengan senang lenangnya nak tinggi suara kat aku!”tempelak Lina, geram.
Raffy mengetap rahangnya, sebelum kaki mahu mendekati Lina namun terhenti tatkala Aisy mula bersuara.
“Saya nak jumpa akak. Mana dia?” soal Aisy tanpa nada.
“Akak? Siapa akak kau? Kau cuma ada kakak tiri la!”tengking Lina.
Aisy berdecit. “Aku tanya sekali lagi, mana akak?”
Lina terkedu. Wajah tegang Aisy membuatkan dia terdiam seketika. “Er.. a-aku tak tau. Tadi pagi dah lesap.”
Huh! Aisy tersenyum senget, sinis. “Kan senang kau cakap macam tu? Tak yah nak tinggi suara kat orang. Dan lagi satu.” Aisy menghentikan bicaranya. Dia mendekati Lina sebelum tangan naik bersilang ke dada.
Matanya yang kosong merenung Lina. Lina jadi tidak keruan.
“Untuk pengetahuan kau, kau tak layak pun tinggal kat rumah ni. Sebab apa? Sebab rumah ni atas nama ibu aku, Tengku Hazira.”
Bagaikan batu menghempap ke tubuhnya. Lina hampir saja terjatuh dek mendengar bicara anak tirinya itu. Tengku? Tengku Hazira? Sumpah, Lina tidak pernah tahupun bekas madunya itu orang berada. Lagi-lagi, rumah yang jadi tempatnya tinggal selama ni adalah atas nama bekas madunya itu? Macam mana boleh?!
“So, renung-renungkan lah..” Aisy menepuk bahu Lina perlahan sebelum dia melangkah pergi dan dua orang lelaki itu mengikutinya dari belakang.
Lina masih termanggu seorang diri dengan mindanya entah ke mana terbang.
“Bunny..”
“Shut up and lets go home..” suara Aisy kedengaran perlahan. Barangkali gadis itu sedang menahan menangis.
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...