"APA daddy cakap ni? Aida tak faham. Say it again?" Aida menatap wajah daddynya. Sekilas dia memandang mummynya lagi. Wajah wanita itu nampak marah.
"Raffy tak nak kahwin dengan Aida."ulang ku Izham dengan keluhan berat.
"What?!" Jerit Aida seraya bangun. "Unbelievable! Ke daddy tipu Aida? Saja tak nak bagi Aida happy?"
Bulat mata ku Izham dengan bicara anaknya itu. Sumpah! Tidak terniat pun dia seperti itu.
"Aida! Behave. Jangan tuduh daddy macam tu." Tegur ku Amira perlahan. Sekilas dia memandang wajah suaminya, keruh.
"Tak terniat pun daddy nak buat camtu kat anak daddy, Aida. Daddy sayang kamu okey? And daddy pun nak anak daddy happy. Tapi nak buat macam mana kan? Dah tuan badan tak nak, takkan nak paksa dia pulak?" Tutur ku Izham, perlahan. Dia tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan.
Aida seorang yang manja. Apa yang dia nak, mesti ditunaikan. Kalau tidak, gadis itu memberontak. Kalau kecik, senang dipujuk. Tapi sudah dewasa, memang susah!
"No, no. Please dad, mum.." Aida menggengam tangan daddy dan mummynya bersilih ganti. Air mata sudah bergenang. "Tell him, to marry me. I like him dad, mum.. "
Ya Allah.. Ku Izham mengeluh perlahan. Tidak sampai hatinya melihat si anak yang seperti menderita. Apatah lagi dia amat sayangkan Aida.
"Cinta, macam mana ni?"tanya ku Amira sambil menatap wajah suaminya.
"I'll try my best, rindu. Mudah-mudahan Raffy kali ni setuju."ujar ku Izham separuh memujuk. Dia tidak berjanji, sama ada dia berjaya ke tidak memujuk jejaka itu supaya menerima anaknya. Dia tahu Raffy tekad tidak mahu mengahwini anaknya.
"RAFFY!"
Raffy menoleh sebaik sahaja namanya diseru oleh seorang perempuan. Matanya dikecilkan sebelum dia mengukirkan senyuman kecil. Ren berdiri di khalayak orang ramai yang sedang berkeliaran berjalan di mall.
"Ren!" Seru Raffy sambil melangkah ke arah gadis tu.
"Yaw exworkers. Kau buat apa kat sini? Shopping ek.. " usik Ren sambil menepuk bahu Raffy perlahan.
Raffy terkekeh-kekeh gelak. "No la. Just wondering around. Nothing to do. Kau pulak?"
"Teman Aisy beli game."
Mendengar nama gadis itu membuatkan Raffy terkedu. Matanya mula mencari kelibat Aisy.
"Mana dia?" Soalnya tanpa riak.
"Tu." Jari Ren menunjuk ke satu tempat. Terus Raffy memandang ke tempat situ. Kelihatan Aisy sedang bergelak sakan dengan seorang lelaki. Lelaki itu lebih tinggi darinya. Boleh tahan, desis Raffy.
Wait! Mata Raffy mengecil. Macam kenal.. Tapi di mana ek? Oh yea.. Kat gambar Aisy! Raffy mengingati wajah lelaki itu. Tanpa dia sedar, dia mendengus kasar.
Ren pandang Raffy yang masam. "Raf, kau okey ke?"
"Siapa lelaki tu?" Soal Raffy tanpa menjawab soala Ren. Matanya masih merenung dua orang manusia itu.
Ren kerut dahi. "Dia adik aku. Rafael nama dia."
"Hoo, so Aisy tu bakal adik ipar kau la?"sarkastik Raffy bertanya.
"Hah?" Ren ternganga kecil. "Apa yang kau merepek ni setan?"
Raffy terkejut. Apa? Setan?
YOU ARE READING
April Love✅
De TodoPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...