AYAM berkokok kuat mengejutkan Raffy dari mimpi indah. Dia mendengus marah dan menarik bantal busuk untuk menutup telinganya. Gelak ketawa Dania diselangi dengan bunyi entah apa berbunyi di bawah rumah, mematikan niatnya untuk menyambung lena.
Dia menggeliat lembut dan tangan menolak selimut ke tepi. Tanpa mengemaskan sofa yang dijadikan tempat tidur, dia melangkah menuju ke bilik air yang tidak jauh.
“Ya Allah!” seperti terkeluar jantung Aisy apabila dia membuka pintu dan wajah mamai Raffy berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik air.
“Awak buat apa tercegat kat sini? Tak tau bilik mandi ni ada orang ke?” marah Aisy, jari lekas memgemaskan tuala yang menutupi rambutnya.
“Mana la aku tau. Aku baru bangun okey?”
Ye la tu! Aisy mencebik.
“Kau buat apa kat dalam?”
“Decorate floor! Of course lah saya mandi. Apa punya soalan!” perli Aisy sedikit geram. Dah terang-terang aku pegang tuala, takkan tak tau?
Raffy tersengih sambil menggaru rambutnya yang kusut. “Soalan bonus”
Aisy menjulingkan matanya. “Tu bukan soalan bonus, tu soalan bodo's!”
Terus pecah gelak Raffy. Wajah pucat Aisy ditatap sebelum tangan ringan menarik pipi gadis itu.
“Ish!” Aisy tepis jari Raffy. “Tepi la. Saya nak lalu.”
Namun Raffy tidak bergerak. Aisy terus mendongak memandang Raffy yang tinggi. Lelaki itu ukir senyuman, jahat?
“Kau sayang aku kan?” tanya Raffy tetiba.
“Uh?” Aisy mati kata. Terasa jantungnya berdegup kencang. Dia tunduk. “Of-of course la saya sayang awak.”
“Then..”Raffy menyentuh dagu Aisy sekaligus membuatkan gadis itu terdongak. “Marry me”
“As if!” Aisy menolak tubuh sasa Raffy kemudian dia berlalu.
“Aiseh, malu tapi mahu!” Raffy menggeleng kepala sambil tersengih sebelum masuk ke bilik mandi.
“So, sekarang ni Raffy tidur sana je la?” soal Mei sambil menyapu debu-debu di atas kaunter. Aisy yang duduk sambil membaringkan mukanya berlapikkan tangan kanan, mengangguk perlahan.
“Aku tak tau pun yang dia tu adik abang Fiq. Mahu terkejut gila aku, sebab first thought aku fikir dia nak hantar pinangan.” cerita Aisy kemudian angkat kepala.
“Perasan juga kau ek..” Mei gelak.
“Ha’ah. Yknow meh..” Aisy sengih.
“Raffy camne pulak? Dia tak marah?” sampuk Ren sambil duduk sebelah Aisy.
Banyak pelanggan sudah beransur pulang. Dan cafe tersebut jadi lenggang.
“Dia bengang je. Tak marah, tapi pelik sebab aku tinggal kat sana.”
“Pastu?” serentak kedua gadis itu menyoal.
“Aku ceritalah pasal aku kena halau oleh abah aku tu. Aku end up tinggal dengan kakak ipar dia. Dia pun fahamla.” Aisy lepas lelah. Terlalu banyak cakap ni, penat juga ek..
Mei dan Ren mengagguk. Faham.
Tiing toong..
“Selamat datang..” serentak mereka bertiga bersuara sambil memberikan senyuman pada pelanggan yang baru masuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...