AISY mempercepatkan lariannya. Dia terjatuh, tersandung.. bangkit semula tanpa memedulikan kakinya yang terasa perit. Seluar jeannya yang terkoyak di bahagian lutut juga tidak dipedulikan.
“Oi, hati-hati weh!”
“Buta ke apa? Langgar orang suka hati dia je..”
Suara-suara sumbang yang memarahinya pun tidak dipeduli. Fikirannya hanya satu! Tasha!
Selepas dia mendapat panggilan dari ibu tirinya tadi pagi, terus sahaja Aisy bersiap keluar tanpa memberitahu suaminya. Dia datang ke sini pun merempit. Habis lampu jalan raya dia main redah saja!
“Aisy!” Lina pantas memeluk Aisy. Air matanya yang kering kembali mengalir lagi. Sejak semalam subuh lagi dia tidak dapat melelapkan matanya.
“Ibu..akak Tasha?” Aisy pandang muka Lina.
“Doktor dari tadi belum keluar..”
“Aisy..maafkan saya Aisy. Sebab..” Nizam menghampiri Aisy.
“Nizam, it is not your fault. Kita doakan akak selamat..” Aisy tersenyum hamba kepada lelaki itu.
Jelas di matanya bahawa lelaki itu pun sama seperti ibu tirinya. Mata membengkak. Barangkali lelaki itu juga menangis sepanjang Tasha masuk ICU.
In sha Allah.. akak Tasha akan baik-baik saja. Desis hati kecil Aisy.
Saat pintu ICU terkuak, muncul doktor bernama Lim. Spontan mereka bertiga menghampiri doktor Lim.
“Kakak saya macam mana doktor?,” dulu-dulu Aisy bertanya.
Doktor Lim tersenyum. “She’s just fine. Tahap kritikalnya sudah terlepas. Dan sekarang.. dia kena rehat dulu. Mungkin dua jam kemudian, kamu semua boleh lawat dia.”
Allahu Akbar! Syukur alhamdulillah.. Aisy melepaskan keluhan lega. Jantungnya yang hampir berpisah dari badan, kemballi normal setelah mendengar penjelasan itu.
Nizam dan Lina juga turut berasa lega. Mereka mengucapkan kesyukuran atas Ilahi yang masih memberi peluang kepada Tasha untuk teruskan hidupnya.
“Saya minta diri dulu..”
“Terima kasih doktor..” ucap Aisy sebelum menerima anggukkan doktor muda itu. Kemudian Aisy menoleh kepada ibu tirinya. “Ibu.. baliklah dulu. Ibu dah semalaman kan kat, sini?”
Lina pandang muka Aisy. Jelas muka Aisy kelihatan ikhlas dan lembut bila bercakap dengannya saat ini. Adakah anak tirinya itu tidak membalas dendam padanya? Kalau dia minta maaf, adakah anak tirinya itu akan memaafkannya?
“Aisy..I-ibu..”
Bicara Lina terhenti tatkala Aisy memeluknya tanpa bersuara. Dia tergamam sebentar.
“Apa pun yang terjadi masa lalu, saya dah lupakan ibu. Sekarang, saya nak ibu balik, mandi dan kemas pastu baru balik sini ek? Akak Tasha perlukan ibu. Kalau dia tengok ibu macam ni, tentu akak tak suka kan?” tutur Aisy separuh bergurau.
“Aisy..” jeda Lina. Dia sedikit terharu dengan layanan anak tirinya.
“Dah, dah.. ibu balik, biar saya tunggu akak Tasha.” Aisy melepaskan pelukkan dan senyuman nipis dipamir. “Nizam, awak tolong hantar ibu saya baik-baik ek..”
“Yes boss!” Nizam menaikkan tangan ke dahi, hormat!
Terus dua orang perempuan itu gelak.
“Pergi la ibu..” tutur Aisy lembut sebelum tangan Lina dicapai lalu dikucup.
Maafkan ibu Aisy.. bisik Lina dalam hati sebelum berlalu. Dia ingin mengatakan maaf kepada Aisy, namun tidak terluah. Bahkan dia hampir saja tewas disebabkan layanan Aisy yang baik buatnya. Sepatutnya aku tidak layak menjadi ibu tiri Aisy yang terbaik. Maafkan ibu Aisy..
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...