Bab 58

1.9K 46 1
                                    



“UGH!! ibu! Sakit!” Jerit Aisy dengan air matanya yang sudah lebat di pipi. Air peluh juga keluar dari tubuh dek tidak tahan kesakitan yang di alaminya, kali pertama.

Ku Zera perlahan mengesat air mata Aisy. Tangan kanannya mengenggam kuat tangan Aisy yang memegang tangannya erat.

Ya Allah, Kau kuatkan lah anak aku! doa ku Zera dalam hati.

Sudah hampir 20 minit berlalu sejak anaknya terlantar dalam wad wanita mengandung. Dalam pada yang sama, menantunya sekarang ini sedang berada dalam ICU disebabkan kemalangan jalan raya semasa menantunya itu baru sampai.

“Ibu! Aisy nak Raffy! Tolong..la ibu..I-I can’t do it..please ibu..” pinta Aisy tetiba. Makin lebat dia memikirkan  pasal suaminya.

Dia cuma mahukan Raffy!

Ku Zera mengeluh perlahan dengan permintaan anaknya tu. Mana mungkin dia mahu menunaikan permintaan anaknya itu sedangkan Raffy masih dalam ICU.

“Raffy.. dia kat ICU sayang..” lambat-lambat ku Zera bersuara. Dia takut anaknya itu akan hilang fokus.

Ternyata telahan ku Zera benar. Aisy pengsan tetiba.

“Macam mana ni? Dia pengsan doktor..” kata nurse, risau.

Ku Zera pandang nurse-nurse dan juga seorang doktor.

“Then I have no choice. Kita kena bedah juga puan ni.”

Bedah? No! Ku Zera spontan menggeleng. Aisy dah siap pesan yang dia nak bersalin biasa.

“Tak..tak boleh doktor! Anak saya.. dia nak bersalin biasa. Tak boleh ke tunggu sampai dia sedar?”

“Maafkan kami puan. Kami takut baby akan lemas dalam perut kalau lama tidak dikeluarkan.” jelas doktor bertagkan nama Ayunita.

“Tapi..”

Tetiba pintu wad kena ketuk. Mereka segera menoleh dan kelihatan seorang nurse masuk bersama seorang lelaki duduk atas wheelchair.

Mata ku Zera membulat. “Raffy?”

Raffy senyum hambar. Kepalanya yang berbalut dan terasa sakit hanya ditahan sahaja. Syukur Alhamdulillah, doanya termakbul. Dia berdoa agar dia sempat melihat isterinya bersalin, tak kira apa jua terjadi.

“Ibu..izinkan saya bersama isteri saya..” pinta Raffy sebelum wheelchairnya kena sorong oleh nurse perempuan.

Perlahan ku Zera mengangguk sambil tersenyum. Dia kemudian berlalu keluar.

Raffy merapati Aisy kemudian tangan sejuk isterinya digenggam kemas. Jatuh air mata jantannya tatkala melihat muka pucat isterinya itu.

“Sayang..bangun sayang. Fy dah datang ni..” bisik Raffy perlahan.

Ironiknya, Aisy sedar sebaik saja mendengar suara suaminya itu.

“F-Fy?” serunya perlahan.

“Yaa. Fy ni..” sahut Raffy mendatar. Sedaya upaya dia menahan getaran jiwanya yang sebak melihat isterinya itu. “Bunny kena kuat ek..demi anak kita bunny. Please..

Sayu hati Aisy melihat muka sebak Raffy. Tidak pernah suaminya itu sesebak seperti sekarang ni.

“I’ll try..” Aisy tersenyum nipis sebelum mengerang kembali sambil tangan mengenggam kuat tangan suaminya.












“ALHAMDULILLAH. Syukur lah..baby dah keluar..semua dah selesai.” ucap datok Zhariff sambil tersenyum memandang anak menantunya yang berpelukkan. Baby telah digendong, bergilir-gilir oleh rakan-rakan sekerja Aisy.

April Love✅Where stories live. Discover now