Bab 12
"AKAK! Okey tak pakaian Aisy ni?" Aisy memusing tubuhnya sambil di pandang Sabrina yang sedang menjemur pakaian. Wanita itu tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.
"Cantik and hot! Sesuai dengan umur Aisy." Ujar Sabrina jujur dan Aisy buat muka.
"Aisy tau.. Semua style Aisy macam budak-budak. Tapi tu lah yang kena dengan taste Aisy akak. Nak buat camne kan?" Aisy kemudian tersengih.
Semua gaya pakaiannya, masih seperti pakaian remaja. Kalau diikutkan trend sekarang , mesti banyak orang sebaya Aisy memakai pakaian seperti seorang wanita. Yang berpakaian baju besar, memakai skirt panjang dan seumpamanya.
Tapi itu semua bukan gaya Aisy. Aisy lebih suka pakaian yang simple seperti baju t-shirts lengan panjang dan berseluar jean biasa. Pernah juga gaya Aisy dikomen oleh Mei, namun Aisy bolayan je.
"Terserahlah Aisy. Yang penting kita menutup 'aurat. Jangan berpakaian menjolok mata sudah lah.. " Sabrina ketawa.
Aisy angguk kepala sambil turut gelak.
"Aisy pergi dululah akak. Nanti lama pulak kawan Aisy tu tunggu." Tangan Sabrina dicapai lalu dicium.
"Kawan ke... Boyfriend?" Usik Sabrina sekaligus membuatkan pipi Aisy berona merah.
"Bukanlah. Kawan je.."jawab gadis itu kemudian cepat dia berlalu dari situ.
Sabrina gelak sebelum menyambung kerjanya.
RAFFY memandang jam tangannya. Kemudian mata meliar mencari kelibat Aisy yang ditunggu sejak lima minit lalu.
"Raffy!" Jerit seseorang.
Pantas Raffy mengangkat wajah dan mencari suara itu. Dan kelihatan Aisy sedang berjalan perlahan mendekatinya.
Tetiba jantung Raffy berdetak laju. Air liur ditelan berkali-kali. Matanya lama meneliti Aisy yang kelihatan, cantik? Comel? Entah Raffy tidak tahu apa nak komen, namun gadis itu seperti orang lain. Walhal, style Aisy itu sama sahaja seperti hari berkerja. Tapi Raffy akui hari ini, Aisy nampak menawan.
"Sorry, lambat. Saya cari teksi tadi."ujar Aisy sambil melepaskan lelah. Lelah sebab lama mencari kelibat Raffy.
Kelihatan lelaki itu sangat segak. Dengan berbaju t-shirt hitam di dalam, bersama jaket berwarna kelabu dan berseluar jean hitam. Nice colour. Tetiba Aisy memandang tubuhnya. Woah, sama warna pulak?!
"It's okay. Saya pun baru datang." Raffy tersenyum. "Jom, ke kereta saya."
Mata Aisy membulat. "Eh, bukan kita jalan-jalan kat area sini ke?"
Jari Aisy naik menunjukkan bangunan mall besar di belakangnya.
"Nope. Bukan kat sini sayang. Kat sini, saya dah bosan. Jom la." Raffy menarik tali beg Aisy sekaligus membuatkan gadis itu mengikuti langkahnya.
"Come in.. " Raffy membukakan pintu kereta buat Aisy.
"Uh.. Tak payah kot nak bukakan pintu buat saya. Saya seganlah.. " jujur Aisy berkata dengan wajahnya sudah memerah.
Raffy cuma tersenyum. "Masuk je la."
Sebaik sahaja Aisy masuk, Raffy berlalu masuk ke tempat kereta pemandu. Seat belt dipasang. Sekilas dia memandang Aisy yang kalut. Serupa macam kena culik pulak.
"Relax lah babe. I know this is your first time. But lama-lama nanti, awak akan biasa. Okey?"
Aisy menoleh Raffy. Senyuman kelat dipamir. Sumpah aku nervous gila ni. Tapi dia relax je? Ah. Mestilah kan. Orang lelaki. Mustahil dia tak pernah pergi dating sama awek dia.
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...