Bab 13

1.7K 63 0
                                    


AISY menghempaskan tubuhnya ke atas sofa panjang yang berada dalam biliknya. Kaki pendeknya diletak atas tangan sofa itu. Lalu digoyang-goyang ke atas dan ke bawah. Matanya terkebil-kebil memandang kipas yang sedang berpusing laju. Fikirannya melayang sekejap.

Raffy nak kahwin dengan aku? Betul ke?

Tapi dia tak cinta kau, Aisy.

Then why dia cakap macam tu? Ke dia saja nak jealous kan ex dia tu? Saja nak pissed off perempuan tu agar dia tak kacau Raffy lagi?

Ha’ah lah. Takkan dia betul-betul nak kahwin dengan kau..

Aisy mula berlawanan kata dengan hatinya yang membentak.

Lalu bantal berbentuk teddy bear yang terletak atas kepalanya dipeluk erat dan dia menjerit dalam bantal tersebut. Kesian kau bantal!

Tetiba, telifon bimbitnya bergetar kuat. .

Pantas dia bangun kemudian menyelongkar beg sandangnya yang sudah ‘legend’. dahi Aisy berkerut seketika. Nama Raffy tertera dalam telifon tersebut.

“Helo?” jawab Aisy setelah panggilan tersebut dibiarkan lama.

“Lambatnya jawab call.. layan kawan lelaki ke?,” marah Raffy.

“Huh, mana ada lah. Saya tidur tadi.” tipu Aisy. Padahal dia malas mahu otp dengan lelaki itu.

“Hn.” Raffy mendengus.

“So, kenapa awak call saya malam-malam ni? Dah lewat. Orang nak sambung tidur.”

“Kejap lah. Saya tengah bosan ni.” laju Raffy bersuara.

Aisy tersengih. Kalau dulu, Raffy tak seperti ini. Kalau bosan saja, mesti lelaki itu mahu tidur. Katanya lebih baik tidur dari mati kebosanan.

“Then, apa awak nak bualkan?”

“Pasal tadi.”

Aisy diam.

“Woi, awak dengar tak?”

“Pastu?”

“Uh..” suara Raffy seperti tergagap. “I really mean it.”

Aisy diam lagi. Namun pipinya berona merah. Jantung berdebar tak semana-mana.

Kahwin? Memang tak pernah terlintas pun dalam benak Aisy. Dia kan baru sembilan belas tahun? Pastu belum tentu dia bersedia mahu berumah tangga. Walaupun dia tahu, kahwin ni tidak ada kena mengena dengan umur. Tapi bersedia kah dia?

“Aisy..”

Suara Raffy menyentakkannya. Dia berdeham sebelum bersuara.

“Boleh tak, kita skip this topic? I’m not interested yet.”suara Aisy perlahan namun tegas.

Kedengaran Raffy mendengus di hujung talian.

“Why so? Bukankah ini yang awak nak juga? After all you love me and you want me too. Isn’t it?”

Mamat ni…Aisy merengus kasar! Iphone 6 dipegang erat. Seperti ingin dipecahkan saja. Biar lelaki itu tidak buat panggilan lagi dengannya. Takde telifon lagi bagus dari ada. Menyampah!

Tanpa sebarang ucapan, Aisy terus mematikan panggilan. Biar lelaki itu terasa dengan perbuatnnya.

Iphone 6 terus di off!

“Sengal!” jerit Aisy kuat sambil membaling iphone 6 tidak bersalah itu ke katil.





RAFFY memandang skrin telifonnya. Gadis itu sudah mematikan panggilan tanpa menjawab soalannya. Dia kemudian membalingkan telifon tersebut ke atas meja. Kuat juga bunyinya terhentak kat situ.

April Love✅Where stories live. Discover now