Bab 41

1.8K 50 0
                                    

RAFFY mengikuti isterinya dari belakang sambil kedua tangannya mengangkat dua beg besar. Satu begnya satu lagi beg isterinya, of course. Selama lima hari mereka tinggal di Villa mamanya, sekarang giliran mereka tidur di rumah orang tua Aisy. Mula-mula payah juga mamanya itu mahu melepaskan Aisy, sebab tidak puas bergossip pasal dirinya. Huh! Tak habis-habis nak gossip pasal aku. Nasib baik la mereka dua wanita yang aku sayang. Seeeh..

“Fy letak je kat situ. Nanti Aisy kemas. Fy penat driving kan? Rehat la.. nanti tengah hari, Aisy bangunkan ek..” arah Aisy sambil melangkah ke hujung sudut. Plug charger, dicucuk ke telifon bimbitnya. Alahai.. dah berapa hari tak charge.

“Kita kemas sama-sama la,sayang. Lagi pun baju Fy ni lagi banyak dari Aisy punya”  ujar Raffy tidak mahu menyusahkan isterinya.

“Ain’t problem, husband. Just let me do it alone. It is my duty okay..” tolak Aisy sambil menarik beg yang masih dipegang Raffy.

Sebaik sahaja beg bertukar tangan, tetiba tangan Aisy terturun. Beg pun jatuh.

“See.. beg Fy tu berat!” Tawa Raffy pecah. Muka kelat si isteri ditatap.

“Siapa suruh bawa baju sampai satu almari? Kan kita tinggal sini beberapa hari je? Ish.. Aisy heret je la!” bebel Aisy sambil menyorokkan wajah malunya.

Malunya aku.. Aisy tidak mempedulikan gelak suaminya. Malah dia sudah membuka almari barunya yang kosong. Tangan sibuk mengeluarkan baju Raffy dan dimasukkan ke dalam almari.

“Let me help you..”

“Tapi..”

Eh, degil bini aku ni! “I insist”

“Fine!” Aisy mencebik. Malas mahu bertekak lagi. Lebih baik dia cepat mengemas dan turun ke bawah mahu menemani ibunya yang sibuk di dapur bersama mak Siti.

“Wow.. babe, look .. nice colour and very cute. Mana Aisy beli ek?”

Laju Aisy menoleh dan matanya bulat besar tatkala melihat benda yang dipegang Raffy tu. Seluar ‘kecik’ di pamir oleh lelaki itu dengan senyuman nakalnya.

“Eeee! Siapa suruh Fy pegang benda tu! Bak balik!” Aisy cuba menarik barangnya namun lelaki itu pantas mengangkatnya lebih tinggi dari gapaian isterinya yang sememangnya pendek!

“Eh..tak boleh ke? Hari tu Aisy lipat seluar ‘kecik’ Fy, takpe pulak?” usik Raffy dengan sengihan nakalnya.

“Itu.. itu lain cerita la!” Aisy terlompat-lompat ingin mencapai barangnya. “Raffy Tengku Aliyuddin!”

“Ye saya, Puteri Aisy Amran..” jawab Raffy selamba.

Perutnya seperti digeletek, tatkala melihat muka ‘struggling’ isterinya yang ingin mengambil seluar keciknya itu. Tapi di tahan sebaik mungkin agar dia tidak menerima pukulan sadist isterinya seperti tempoh hari.

Di mana dia tengah mengusik isterinya mengenai hubungan suami isteri. Sampai sehari bengkak, di bahunya belum hilang dek diketam si isteri.

“I hate you!” nafas Aisy tersekat-sekat. Dia berhenti dari melompat-lompat sebaliknya dia duduk di hujung katil sambil mata menjeling Raffy.

“Ha..ha can you?” Raffy duduk sebelah Aisy. “Nee, can you hate me?” bahu Aisy dicuit.

“Of course!” jawab Aisy acuh tak acuh.

“Hoo.. pasal panti-”

“Kyaaa! Jangan la tayang lagi!” tangan Aisy sudah memukul-mukul bahu dan lengan Raffy.

April Love✅Where stories live. Discover now