“YO! Pehal monyok je muka kau, Raf?” tegur Zen sambil melirik Raffy yang baru masuk ke bilik perletakkan barang.
Raffy tersenyum nipis. “Nothing, really.”
Zen kerut dahi. “Yeke? Ke.. kau ada masalah dengan Aisy?”
Raffy tersentak. Tebakkan Zen memang betul. Dari semalam sampai pagi. Dia asyik memikirkan hubungan dia dengan Aisy.
“No la. Aku penat.” bohong Raffy kemudian berlalu setelah beg kecil dimasukkan ke dalam loker.
Saat dia ke luar, Aisy kebetulan muncul. Mereka memandang antara sama lain, sebelum dua-dua buat haluan masing-masing.
Mei dan Ren memandang kedua orang itu. Lalu mereka melepaskan keluhan berat.
“Mesti ada masalah dua ekor itu.” duga Mei sambil tangan lincah melap cawan. Ren di sebelahnya sedang mengira duit, mengangguk.
“Yeah. Muka dua-dua masam habis. Macam takde perwarna sahaja.” sahut Ren kemudian memasukkan duit ke dalam kaunter.
Kemudian dua orang perempuan itu mengeluh lagi.
“What’s up?” sampuk Fatin yang baru datang.
“Tu kawan kau tu. Monyok je!” bibir Ren muncung ke arah Aisy yang sedang menyapu lantai.
Fatin kerut dahi sambil pandang Aisy. “Monyok pasal?”
“Crush dia.” laju Mei menjawab.
Pandangan Fatin beralih ke arah Raffy yang jauh nun di sana, sedang menyusun cawan di kabinet. Kemudian dia mendekati Raffy.
Raffy sekilas memandang Fatin. Keningnya ternaik. “ ‘Sup?”
“Kau ada masalah dengan Aisy?” soal Fatin tetiba.
“Why you think so?” soal Raffy tanpa menjawab soalan Fatin.
“She’s kinda sulking, y’know.”
“Do I care? Tu masalah dia.” jawab Raffy, dingin. Dia kemudian berlalu meninggalkan Fatin.
Fatin terkebil-kebil seketika. “What?!”
RAFFY menaiki motorsikalnya sambil memasang helmet. Lalu enjin motor dihidupkan. Kemudian dia berdesup meninggalkan cafe tersebut. Waktu rehat hanya sejam. Dan dia tidak mahu berehat dalam cafe tersebut. Makin dia berada kat situ, makin sakit hatinya memandang Aisy yang sedang bergelak manja dengan Zen. Jauh di sudut hati, dia rasa cemburu.
Di sebuah restaurant, Raffy memberhentikan motornya. Kunci ditarik kemudian dia berlalu masuk ke restaurant tersebut.
“Oder apa encik?” tanya seorang pelayan setelah Raffy melabuhkan duduk.
“Biasa.” jawab Raffy sepatah dan pelayan itu mengangguk. Dia tahu apa yang di oder oleh lelaki itu disebabkan Raffy selalu saja datang ke situ.
Sementara menunggu makanan sampai, Raffy mengeluarkan Iphone 7 dan kelihatan dua misscalled dari papanya. Terus Raffy buat panggilan.
“Son!” sambut ku Aliyuddin tanpa menyempat.
“Papa. Apehal call saya?” soal Raffy.
“Well, where are you now? Kita meet up.”
“Usual spot.”
“Got it. Papa datang sana.”
Talian mati dan Raffy memasukkan telefon dalam poket seluar. Dalam pada masa itu juga pesanannya sampai.
“Thanks..” ucap Raffy kemudian menadah tangan sebelum makan.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...