Bab 49

1.5K 44 0
                                        


AISY mengerakkan bibirnya mengikuti lagu yang di pasang oleh Raffy. Raffy yang memandu, memandang sekilas ke arah isterinya yang rancak menyanyi tapi tidak la berapa besar suaranya. Hmm.. malu ke?

Suara radio, dikecilkan. Langsung Aisy menoleh ke arah suaminya.

“Kenapa? Fy tak suka dengar lagu tu ek?” soal Aisy sambil angkat kening.

“Nah. I just wanna ask you something.

“Tanya la.”

“Aisy pandai nyanyi kan?”

Soalan Raffy membuatkan Aisy kaku kejap. Dia memandang jalan raya yang agak sibuk.

“Pandai tu memang pandai. Tapi..” Aisy menghentikan ayatnya. Dia menoleh sekilas sebelum memandang ke depan semula. Segan pulak.

“Tapi apa?” sambung Raffy.

“Untuk diri sendiri je. Aisy mana pernah nyanyi depan orang. Maklum, suara tak sedap.” Jawab Aisy dengan muka sengihnya.

“Ayy.. takkan..” ucap Raffy tidak percaya. “Hari tu, Fy terdengar Aisy nyanyi di belakang rumah. Sedap je suara Aisy..”

“Ha? Bila? Fy dengar?” Aisy mula menggelabah. Sejak bila Raffy dengar aku nyanyi? Aduhai.. confirm suara aku tu macam katak berak kat longkang! Malunya!

Raffy tergelak kecil. Tercuit hatinya melihat gelagat Aisy yang kalut. Sumpah dia kata, suara Aisy memang sedap.

“Masa tu. Aisy tengah bagi ikan ibu makan. Remember? Aisy nyanyi lagu Guilty crown.” Raffy toleh sekilas ke arah Aisy.

Wajah isterinya itu ternyata memerah seperti cherries.

“Y-yeke? Napa Fy curi dengar?”

“Bukan curi. Terrr. Ykno.. ter.”

Aisy mencebik. Tangannya sudah mula memintal-mintal hujung tudung. Makin segan dia melihat suaminya.

Sepanjang hidupnya, dia mana pernah menyanyi depan orang. Melainkan dirinya sendiri.

“Aisy, serious Fy cakap..suara Aisy memang sedap. Kalau kita ni ada band, Fy nak Aisy jadi main vocal Fy. Kita duet. How’s that sound?” ujar Raffy tetiba dan Aisy pantas menolehnya.

“Serious?” Aisy terkejut.

“Yeaa. Why not kan?” Raffy tergelak dan diikuti dengan gelak Aisy.

“Um.. belum sampai lagi ke?” Aisy bersuara sebaik sahaja mereka lama berdiam diri. Dia mula rasa bosan, kerana lama duduk dalam kereta. Perutnya sudah mengadu lapar dan kepalanya sudah terasa sakit.

“About 30 minutes, kita akan sampai ke kampung tok ma.” jawab Raffy sambil membelok keretanya ke kiri. “Aisy okey tak?”

Ekor matanya melirik melihat isterinya yang seperti tidak tentu rasa itu. Tangan isterinya itu juga sudah naik ke dahi.

“Aisy okey je.. migraine ni.. tetiba attack..” Aisy mengurut dahinya.

“Mesti Aisy laparkan? Cuba Aisy toleh belakang tu. Fy ada bawak sandwich. Makan la.. nanti baik la kepala Aisy tu.”

Aisy akur dan memusing tubuhnya sikit ke belakang. Kemudian beg kecil di ambil, lalu container sederhana di keluarkan.

“Fy nak?”

“Fy driving. Aisy suapkan.”

“Huh?”

“Please…?” pinta Raffy dengan muka manja. Aisy gelak kecil sebelum mendekatkan separuh robekkan sandwich ke mulut Raffy.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang