AISY memandang jarinya yang sudah berinai merah. Perghh! Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, aku seorang je bencikan pakai inai dan mekap. Tapi, nak tak nak, aku kena juga pakai semua benda alah ni. Haihh.. leceh la.. rungut Aisy dalam hati.
Ikutkan hati, nak juga dia membangkang semua ni. Tapi apa boleh buat. Nak kahwin, mesti la cantik. Bak kata pujangga, kahwin hanya sekali. Aisy pun, mekap hanya sekali dalam hidupnya. Lepas ni jangan harap dia nak pakai mekap lagi! Leceh dan tak natural!
Aisy hampir saja terlelap, menunggu inai di jarinya kering. Tubuhnya yang bersandar pada katil, membuatkan matanya hampir terkatup.
Dia terkejut sebaik saja pintu diketuk sebelum dikuak dari luar. Sabrina bersama Dania masuk ke biliknya.
“Akak, Nia!” jerit Aisy riang. Dia ingin bangun namun di tahan oleh Mei di sebelah.
“Weh, jangan bergerak la.. kau tu lasak. Nanti rosak inai yang aku bina tu.” kata Mei sambil menjegilkan matanya.
Aisy mencebik. Dia tersenyum semula dan memanggil Dania supaya mendekatinya.
“Apa khabar ka? Sorry la. Takde masa datang melawat.”
Sabrina menggeleng kemudian tersenyum. Dia faham akan keadaan Aisy.
“Akak sihat je. Alhamdulillah. Pasal tu, adik jangan risau la. Akak faham.. cuma Nia ni je yang merengek nak jumpa adik” kepala Dania diusap perlahan.
Aisy pandang Dania. “Ye Nia?”
“Ha’ah! Nia rindu sangat kat akak Aisy. Bila akak Aisy tidur kat rumah Nia?” rengek Dania yang duduk tepi Aisy. Tangan kecilnya mula memaut lengan kiri Aisy.
“Comel la anak akak ni.” puji Mei sambil menatap wajah Dania. Sabrina ketawa.
“In Sha Allah, nanti ada akak Aisy singgah sana ye..” Ingin sahaja Aisy menggosok kepala Dania, tapi terpaksa ditahan sebab takut mak cik Mei marah.
“Alaaa..” rengek si kecil membuatkan tiga perempuan itu ketawa.
“By the way, adik dah kursus nikah ke?” soal Sabina tetiba.
Aisy angguk kepala. “Dah. Before kolej lagi adik pergi kursus nikah tu. Saja, buat preparation awal.”
“Yeee ke buat preparation awal ke..kau dah memang predict yang kau memang akan kahwin awal?” usik Mei dan Sabrina tergelak.
Wajah Aisy memerah dek usikkan Mei tu.
“Mana ada la. Aku prepare je. Semenatara kawan aku tu nak kahwin, so aku join sekaki la.” kata Aisy sikit menggelabah. Tapi betul la. Aisy cuma mengikuti rakan kolejnya pergi berkursus. Nanti tak payah susah-susah pergi kursus sebelum hari nikah. Senang.
“Kau gelak, aku cat inai ni kat muka kau.” ugut Aisy serius kepada Mei yang gelak sakan mengusiknya.
“Beb, rilek la..aish garang betul bakal bini orang ni.” Mei mencebik.
Dania terpingga-pingga. “Bakal bini? Maksudnya..akak Aisy nak kahwin? Dengan siapa? Akak Aisy tak sayang abang Fy ke?”
Soalan bertubi-tubi Dania membuatkan mereka terkedu sebelum tergelak. Dania tercengang dan dia kemudian ikut gelak. Entah tahu ke tidak dengan perbualan orang dewasa.
“IS everything okay?” tanya ku Aliyuddin kepada Raffy yang sibuk menilik barang hantarannya buat bakal isteri anaknya itu. Matanya sekilas memandang barang hantaran, sebelum dia ternganga melihat barang hantaran tu.
“Ni barang hantaran ke?” soal ku Aliyuddin, tidak percaya. Matanya bundar memandang semua barang hantaran tu.
“Yeap! Perfect kan pa?” ujar Raffy dengan muka sengihnya. Gigi taringnya kelihatan, tatkala bibir itu tersenyum lebar.
“Seriously, son? Kalau telekung, kasut, al-quran tu..papa tak hairan la. Tapi..” jari ku Aliyuddin tepat menunjuk kepada beberapa bakul yang bersisi komik, novel, game, dan Dvd anime. “Tu bukan hantaran son. Nanti apa pulak kata orang?”
“Huh? Apa kata orang pa?” soalnya blur. Bagi aku nampak normal apa? Raffy menggaru janggut nipisnya.
“Pelik la. Lepas kahwin pun dapat apa, kamu bagi dia?” ku Aliyuddin menggeleng dalam senyuman.
Kalau dah menantu gila anime, gila buku.. semuanya jadi pelik. Anaknya pun satu. Belurus sangat, mengikuti citarasa gadis tu. Haih…nasib la ada anak dan menantu macam ni, desis ku Aliyuddin sambil menggeleng.
“It’s okay pa. Since no one pernah buat, let me be the one yang buat. Pecah rekod. Kah! Kah! Kah!” Raffy tergelak dan kemudian berlalu meninggalkan papanya yang termanggu.
Allah! Nasib la, nasib la..
SEMENTARA orang sibuk berkerja buat majlis perkahwinan Raffy, ku Rafna pulak sibuk mogok. Mogok tidak mahu ikut campur dalam penyediaan majlis perkahwinan anaknya sendiri. Kalau dulu, dia la orang yang pertama sibuk mengarahkan itu ini. Semua persiapan kena perfect! Dia tidak mahu ada cacat celanya, dalam majlis anaknya.
“Kenapa tak turun? Orang tengah sibuk di bawah, awak pulak duduk-duduk goyang kaki kat sini.” tegur ku Aliyuddin sambil berjalan ke meja solek. Kunci kereta dalam almari di ambil. Sekilas dia memandang isteriya yang masih tidak mahu bergerak ataupun memandangnya.
Ku Aliyuddin mengeluh panjang. Dia kemudian mendekati isterinya yang bermuka masam tu. Lalu tangan merangkul bahu si isteri.
Tidak pulak ku Rafna menepisnya. Sebaliknya dia mendengus kasar.
“Na masih merajuk dengan abang ye? Maaf la. Demi kebahagian anak kita, abang hanya mahu yang terbaik buat dia. Plus, ni pun demi Na.” suara ku Aliyuddin perlahan, seolah-olah memujuk isterinya.
“Demi saya?” soal ku Rafna sinis. “Apa maksud abang huh? Kalau demi saya, abang akan ikut je rancangan saya nak Raffy kahwin dengan Aida tu. Ni tak!” bentak ku Rafna dan ku Aliyuddin mengeluh lagi.
Aduhai Din, jangan mengeluh lagi.
“Na..katalah abang ikut kata Na. Na rasa anak kita tu akan bahagia ke? Macam mana pulak kalau betul-betul dia kahwin dengan Aida. Have you ever think what will he think of you? It is selfish. Selfish mother who force him to married with the girl he didn’t love. At last, Na juga yang terasa dengan tingkah anak kita tu.” panjang lebar si suami bersuara.
Dan ku Rafna terdiam. Kata-kata suaminya melekat dalam fikirannya.
Kalau betul aku paksa Raffy kahwin dengan Aida, akan berubah kah perangai Raffy terhadap aku? Aku tau Raffy seorang anak yang degil. Dia akan buat apa saja, apa yang dia mahu. Monolog ku Rafna dalam hati.
“Mengalah je la, Na. Demi anak kita, Na kena beralah. Kebahagiannya, kebahagiaan kita juga.” nasihat ku Aliyuddin sebelum mengucup pipi isterinya sebelum keluar dari bilik tu.
Ku Rafna termanggu-manggu sendiri sambil otaknya ligat memikirkan semula apa yang dikatakan oleh suaminya itu.
#Voteplease.
#Ty!Author: 😊 dear silence reader, thanks sbb baca, tpi klu boleh tekan vote la ye. Tk pun, drop comment. Kot-kot author dpt perbaiki kesalahan author. Arigatou~

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...