AISY memanjangkan tengkuknya memandang kawasan rumah itu. Setelah beberapa kali dia berfikir, akhirnya dia nekad mahu menyeludup masuk ke dalam rumah yang sudah lima hari ditinggalkan. Dan sampai lima hari itu juga dia tidak berkomunikasi dengan master dan yang lain. Termasuk ex-crushnya.
Huhu~ maafkan saya Raffy. Saya menyesal sebab tak contact awak masa tu..terus teringat wajah nakal Raffy dalam fikirannya.
“Aisy! Stop. Kau kena fokus dalam misi pecah masuk rumah ni. Aja, aja hwaiting!!” omel Aisy sambil speaking bahasa korea.
Aisy mula memanjat pokok untuk melalui pagar yang tinggi itu. Kemudian dengan lafaz bismillah, Aisy terjun ke tanah.
hok olo. Kaki pendek bukan sebarang pendek. Ni kaki juga, dapat panjat pokok tinggi. Aisy senyum bangga.
Kemudian Aisy bergerak menuju ke belakang rumah. Kakinya di ayun perlahan. Dia mendongak memandang biliknya yang sudah lama di tinggalkan. Tetiba perasaan sayu hadir dalam hati.
“Nasib baik aku kunci bilik tu sebelum pergi. Dan of course, no one masuk dalam bilik tu. Haha! I sangat pintar..” bebel Aisy, bangga lagi dengan dirinya.
Tanpa berlengah lagi, Aisy memanjat lagi pokok yang dekat dengan tingkapnya. Kebetulan betul pokok berhampiran dengan tingkap bilik.
Sekejap-sekejap, Aisy memandang ke bawah. Di bawah adalah bilik Puteri Tasha. Aisy tahu waktu-waktu jam pukul sebelas malam ini, orang rumah semua tidur. Dia sudah hafal dengan jadual waktu keluarga ‘baiknya’ itu tidur.
Dan disebabkan itulah Aisy berani datang ke situ, untuk mengambil beberapa barang yang diperlukan.
Aisy memegang kayu sambil kaki dipanjangkan sampai menendang tingkapnya yang sengaja tidak dikunci.
Tersenyum lebar dia tatakala tingkap itu terbuka. Kemudian dia melompat ke dalam bilik.
Bokkk!
“Adoi.. buah nangka jatuh!” Aisy bersuara perlahan seraya menggosok punggungnya yang sakit.
Bilik yang masih berlampu, dipandang seketika. Dia senyum nipis sebelum bingkas mengemas barang yang perlu dibawa.
Iphone 6 nya dicapai.
Bulat mata Aisy memandang battery iphone 6 nya yang tinggal 20%. Sebaik sahaja dibuka..
100 Misscalled
200 text WhatsApp
20 Messenger.
Bibirnya mencorek senyuman terharu. Kelopak mata ditutup seketika. “Ada juga orang rindu kat aku ek.”
Tanpa berlengah lagi, dia meneruskan urusannya.
Selesai dua beg, beg sandang pulak di isi dengan barang keperluan.
Sepuluh minit berlalu, akhirnya Aisy siap mengemas.
“Done!” Aisy memandang biliknya lagi. Sebelum dia pergi, dia sempat membersihkan biliknya. Lampu bilik juga dia tidak lupa ditutup. Dia memang tidak suka membazirkan elektrik rumah. Semua pembelanjaan bukan dia yang bayar pun!
“KE mana saja kamu, Raffy?”
Raffy mematikan enjin motosikalnya.Dia melangkah ke arah rumah dan melepasi mamanya yang sedang berdiri tegak menunggu ketibaannya. Dilihatnya papanya juga masih bangun sambil menonton WWE di kaca tv.
Raffy duduk di sofa, sambil melepaskan lelah. Seharian dia mencari gadis bernama Aisy. Sudah lima hari gadis itu tidak kelihatan. Nak dikatakan hilang, tak juga. Habis dia ke mana? Raffy penat mencari.
ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
De TodoPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...
