pARt🍃1

8.6K 237 4
                                    

One day i'll tell moon to not be brighter than you...

________________________

Seorang perempuan berdiri di atas tangga.Memerhatikan suasana rumahnya yang sedikit kalut pada pagi hari dengan keletah mamanya yang sibuk ke sana-sini.Skirt yang dipakainya, dibetulkan sedikit.Tidak selesa meskipun skrit yang dipakainya tidaklah terlalu singkat.Jam di dinding dipandang.Keluhan berat dilepaskan.Langsung tidak bersemangat untuk ke sekolah.Kehidupannya disekolah bukannya seperti pelajar lain.

"Helina!!!".Laung Datin Helda daripada bawah.

Helina menoleh.

"Termenung apa lagi tu?.Cepat pergi sarapan.Papa kamu nak pergi kerja awal hari ni.Jom!".

"Okay ma".Balas Helina lalu segera turun daripada tangga dan bergerak ke arah meja makan.Kerusi dihadapan papanya ditarik lalu punggung dilabuhkan disitu.

Datin Helda segera menceduk nasi goreng buatannya untuk Helina dan menuangkan segelas air teh untuk anaknya itu.

"Macam mana sekolah?.Okay?".Belum sempat,Helina menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya, Dato Rashdan bersuara.

Helina tersenyum hambar.

"Okay".Jawapnya sepatah.Tidak berminat untuk bercerita lebih lanjut.

"But mine is not okay".Sampuk sesorang perempuan yang turut beruniform sekolah secara tiba-tiba.

Semua yang berada di situ menoleh.Helina tersenyum nipis apabila melihat Helen yang merupakan kembar seirasnya mendekati meja makan.

"Hai ma..hai pa and of course hai to you too,Lina".Ucap Helen sambil menuang kopi ke dalam gelas lalu diteguk rakus sambil berdiri.

"Helen....".Tegur Datin Helda lembut."Kalau ya pun duduk lah dulu".

"Sorry ma.Dahaga sangat".Helen tersengih sambil mengambil tempat di sisi Helina.Nasi goreng diceduk ke dalam pinggan tanpa sempat Datin Helda berbuat demikian.

"Ma....boleh tak kalau Lina tak pergi sekolah hari ni?".Tanya Helina tiba-tiba menyebabkan semua yang berada di meja makan memandangnya dengan hairan.

"Lina jangan saja-saja nak ponteng sekolah.Papa tak suka.Cukuplah sorang yang buat hal.".

Helen membuat muka selamba.Sempat lagi papa menyindirnya.Matanya difokuskan kembali pada makanan dihadapannya.

"Tapi pa...".Helina cuba membantah.

"Tak ada tapi-tapi.Makan cepat.Papa tunggu dalam kereta".Putus Dato Rashdan tegas lalu bangun daripada kerusi.

"Dah..cepat makan".Pesan Datin Helda pula sebelum mengikuti langkah suaminya yang sudah jauh ke depan.

Helina mengeluh berat.

Helen mendongak.

"Kenapa?.Macam ada masalah aje?".Soal Helen prihatin.Helina yang kelihatan gelisah dipandang dengan hairan."You know, you can tell me everything ,right?".

"Tak..tak ada apa-apa.Lina okay".Bohong Helina lalu melarikan pandangan daripada kembarnya.Tidak mahu Helen susah hati."Lina cuma rasa kan bagus kalau Helen satu sekolah dengan Lina".

"Tapi sekolah yang papa pilih tu, budak-budak dia macam berlagak aje.Biasalah anak orang kaya.Lagipun,kalau kita satu sekolah mesti orang akan pelik bila tahu perangai kita berdua berbeza".

"But at least, Lina boleh bagitahu diorang yang Lina ada Helen kan?".

Helen meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan."I don't think so. Helen ada sebab Helen sendiri kenapa Helen tak nak family kita hebohkan yang kita berdua adalah kembar. Helen tak suka orang luar beza-bezakan kita berdua.Helen tak kisah kalau orang nak mengata Helen but not you..I hate when someone say something bad about you".Jelas Helen jujur.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now