When the dawn passes..
And when that moon falls asleep..
The blue shades that stay with me
Disappears.._______________________
Helen memberhentikan kereta dihadapan rumahnya lalu bergegas melangkah masuk ke dalam. Kemudian, berlari menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Pintu bilik dibuka. Almari pakaiannya didekati sebelum beberapa helai pakaiannya dikeluarkan dan dicampakkan di atas katil dengan tergesa-gesa. Dia perlu balik ke Malaysia segera. Entah apa yang Tengku Eray akan lakukan di sana.
Bagasi yang berada berhampiran katil diambil lalu diletakkan di atas katil. Pakaiannya segera disumbat ke dalam bagasi tersebut.
"Helen..".
Perbuatan Helen terus terhenti apabila namanya dipanggil. Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan kebelakang. "Ma...".
Datin Helda yang berada di muka pintu pantas melangkah menghampiri Helen. Bagasi yang berada di atas katil dikerling sekilas. "Helen nak pergi mana ni?. Helen baru aje balik ke sini kan".
"Er...Helen kena pergi luar negara". Bohong Helen terpaksa. Mamanya takkan benarkannya pergi kalau dia cakap dia akan balik ke Malaysia sekali lagi. "Pihak agensi Helen cakap yang Helen kena pergi sana dengan diorang tapi Helen belum dapat tahu lagi lokasi tu dekat mana".
"Ohh ya ke?. Mama ingat Helen nak pergi mana lah. Kalau sebab kerja mama benarkan. Takkan mama nak halang Helen kan?". Datin Helda tersenyum nipis. "Helen kena pergi sekarang ke?".
Helen mengangguk kepalanya dengan pantas. "Helen kena pergi sekarang. I'm so sorry ma sebab tak dapat luangkan masa dengan mama".
"Mama okey. Dah kemas cepat. Nanti terlambat".
Helen tersenyum. Tubuh mamanya segera diraih ke dalam pelukkan. Maaf ma..sebab Helen dah tipu mama. Helen janji Helen akan jaga diri Helen. Pelukkan dieratkan. "Thanks ma".
________________________
Helen keluar daripada kereta sambil melangkah ke rumah mak cik Zaima. Telefon yang berada di dalam poket seluar jeansnya dikeluarkan lalu nombor Ailey didail. Telefon ditekapkan pada telinganya. "Pick up Ailey..anggkat lah". Rungut Helen apabila panggilannya tidak dijawap.
Telefon disimpan kembali ke dalam poket seluarnya sebaik sahaja Helen sampai depan pintu rumah mak cik Zaima. Nafas panjang ditarik sebelum Helen membuka pintu tersebut.
Langkah Helen atur masuk ke dalam. Tergaman Helen apabila melihat beberapa orang lelaki sedang duduk di sofa sambil menghisap rokok. Beberapa orang lelaki lain pula sedang berbual di tepi tingkap seperti sedang berada di rumahnya sendiri. Sampah plastik makanan bertaburan di atas lantai. Berbeza sebelum dia pergi dari rumah ni dua hari lepas.
Pandangan Helen liarkan kesekeliling mencari kelibat mak cik Zaima, Aisya dan Ailey tetapi tidak ditemuinya.
"Looking for someone?". Tegur seseorang.
Helen menoleh. Kelihatan Tengku Eray sedang berdiri dibelakangnya sambil tersenyum sinis. "Mana mak cik Zaima dan yang lain?". Soal Helen pantas. Kakinya diatur ke arah Tengku Eray.
"Dalam bilik". Jawap Tengku Eray ringkas.
Mendengar jawapan itu, Helen segera melangkah ke arah bilik Zaima. Namum, langkahnya terhenti apabila sebelah tangannya dipaut secara tiba-tiba menyebabkan Helen berpusing menghadap Tengku Eray kembali.
"I want my answer". Tengku Eray bersuara. Tangan Helen yang dipegangnya dilepaskan dengan kasar.
Helen mengetap bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...