Can I still smile when tears never let me go.....
_______________________
"Maaf puan...tuan,anak tuan dan puan tidak dapat kami selamatkan.Anak tuan dan puan telah meninggal dunia sebelum sampai ke hospital lagi.Kami turut berduka cita".Terduduk Datin Helda di atas lantai apabila mendengar berita yang disampaikan oleh doktor yang merawat anaknya.Kepalanya digelengkan.Tidak percaya bahawa anak yang baru menelefonnya pagi tadi tiba-tiba pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Pergi yang takkan kembali.Airmatanya mengalir deras,menangisi pemergian anak yang disayanginya sepenuh hati."Abang...anak kita...Helina dah tak ada...bang..".
Dato Rashdan meraup wajahnya dengan penuh kekesalan.Telefon bimbit ditangannya yang tiba-tiba berdering dipandang.Nombor yang tidak dikenali terpapang diskrin.Dengan perasaan ragu-ragu panggilan itu dijawap."Hello".Dato Rashdan bersuara dengan suara yang serak.
"Macam mana?.Kau dah dapat mayat anak kesayangan kau?".Ujar satu suara di hujung talian.
Dato Rashdan tersentak mendengar pertanyaan itu."Kau siapa,hah?!.Apa yang kau dah buat dengan anak aku?.Kau memang binatang!".Tengking Dato Rashdan penuh amarah.
Datin Helda mendongak memandang suaminya yang tiba-tiba sahaja meninggikan suara.
Dato Rashdan mengengam tangannya kuat apabila mendengar suara orang ketawa di hujung talian."Aku?.Kau tak perlu tahu siapa aku.Anak kau tu yang salah.Yang jadi penghalang.Anak kau memang layak mati.Aku tak menyesal sedikitpun sebab bunuh dia!".Balas suara itu.
"Kurang ajar!!.Aku takkan biarkan kau terlepas.Aku akan pastikan kau ditangkap!".
"Okay...tangkap aku tapi kau jangan menyesal.Aku tak suka orang cari pasal dengan aku.Kau jangan salahkan aku kalau lepas ni isteri kesayangan kau pulak yang akan jadi mangsa.Sekali aku dengar pihak polis cari aku,aku takkan teragak-agak habiskan isteri kau".
Dato Rashdan terkedu.Serta-merta pandangannya beralih pada sang isteri yang turut memandangnya dengan airmata yang masih mengalir."Kalau pihak polis tanya punca kematian anak kau, kau cakap aje yang anak kau tu mati sebab bunuh diri.Kau faham tak?!.Itu pun kalau kau masih sayangkan isteri kau lah".
Dato Rashdan memejamkan matanya buat seketika.Terasa semuanya begitu payah untuknya.Semua kebahagiaannya diragut dalam sekelip mata.Angan-angannya dan isteri hancur begitu sahaja.Yang tinggal hanyalah airmata."Kau faham tak?!!".Bentak suara itu apabila Dato Rashdan hanya mendiamkan diri.
Maafkan papa,Helina.Papa tak dapat buat apa-apa.Papa tak dapat nak ambil risiko dengan pertaruhkan nyawa mama kamu.Papa tak nak kehilangan mama kamu pula.Papa minta maaf sebab tak dapat nak tuntut bela atas kematian kamu.Papa sayangkan mama dan papa nak kamu tahu yang papa pun sayangkan kamu,Helina."A..aku faham tapi tolong jangan apa-apakan isteri aku.Aku takkan laporkan kau pada pihak polis".Putus Dato Rashdan akhirnya.Dia terpaksa mengalah demi keselamatan isterinya.
________________________Tengku Eray yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah mengerutkan dahi apabila melihat mummynya mundar-mandir di ruang tamu dengan wajah yang gelisah.Tanpa membuang masa,Tengku Eray segera mendekati mummynya."Mummy kenapa ni?.Tak tidur lagi?.Mummy tunggu Eray ke?".Tanyanya sebaik sahaja mendekati Tengku Saleha.
Tengku Saleha menoleh.
"Merepek aje kamu ni.Kamu lelaki, dah besar.Buat apa mummy nak tunggu kamu.Mummy tunggu menantu mummy tak balik lagi.Dah lewat malam ni".Jelas Tengku Saleha risau.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...