I want to get for away from you..
But i'm drawn to you like i'm be pulled.._______________________
"Helen!. You buat apa dekat sini?. Bukan you cakap yang you kena tinggal dekat rumah Mika ke?". Helen yang baru sahaja mahu masuk ke dalam biliknya terkaku apabila mendengar suara Ailey menegurnya. Perlahan-lahan kepala Helen tolehkan, memandang Ailey yang turut keluar daripada bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Seboleh-bolehnya dia tak nak Ailey tahu tentang apa yang berlaku di rumah Tengku Eray tadi. Selepas sahaja dia peluk Eray, dia terus lari balik ke hotel. Tidak mahu berhadapan dengan Tengku Eray. "I tertinggal barang". Bohong Helen.
"Ohhh..". Ailey berjalan mendekati Helen. "Pergi ambil barang you. I boleh hantar you pergi sana balik".
"Er...". Helen terdiam buat seketika. "Tak apa..tak apa. I bawa kereta datang sini".
"Kalau macam tu I hantar you ke bawah".
"Tak apa I boleh turun sendiri". Tolak Helen pantas.
Ailey menyilangkan kedua tangannya ke dada. Helen dipandang tajam. "Apa yang si Mika tu dah buat?. Dia tolak you dalam kolam lagi?".
"Tak adalah Ailey. I datang nak ambil barang lah". Nafi Helen. Cuba berselindung.
"Helen...". Panggil Ailey meleret.
Helen merengus geram. "Eray..dia paksa I tandatangan dokumen untuk I bebaskan Eddy". Luah Helen akhirnya lalu tangannya pantas naik menutup kedua belah tangannya.
Satu..
Dua..
Tiga..
"What?!!". Bergegar suara Ailey memenuhi ruangan hotel. Helen pantas dihampiri lalu tubuh Helen dipusing 360 darjah. "You okay tak?. Dia ada pukul you?". Soal Ailey risau.
Helen menggeleng sambil tersenyum hambar. "Dia tak buat apa-apa. Dia cuma suruh I tandatangan dokumen tu aje".
"Nasib baik dia tak apa-apakan you. Ni..macam mana sekarang?. You nak balik semula rumah tu?. Dah lewat ni".
Helen menggeleng.
"Tak. I cuti esok".
"Good. Kita shopping esok. You belanja". Ucap Ailey dengan senyuman lebar dibibirnya.
Helen mencebik. Pintu biliknya dibuka. "Ya. I belanja tapi guna duit you".
"Helen!!".
_________________________
"Helen, mana satu yang cantik. Biru ke pink?". Ailey menayangkan dua helai dress yang berlainan warna di tangannya. Helen yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari situ mendongak. Dua helai dress ditangan Ailey diperhatikan. "Biru". Jawap Helen sepatah. Tidak berkenan dengan warna pink.
Ailey menghulurkan dress ditangannya pada pekerja butik yang berdiri disebelahnya. "I nak yang warna pink".
Helen menjulingkan matanya ke atas. "Kalau macam tu kenapa tanya?". Ujar Helen yang jelas tidak berpuas hati.
Ailey tersengih.
"Saja. I tahu you memang akan pilih warna biru". Kata Ailey tanpa rasa bersalah sambil mendekati Helen. Sebelah tangannya dihulurkan dihadapan Helen.
"Apa?".
"Duit. You belanja, remember?".
Keluhan berat Helen lepaskan sambil bangun daripada sofa. Handbag miliknya disangkut pada leher Ailey. "Dalam tu ada kad kredit. I tunggu you dekat luar". Helen segera mengatur langkah keliar daripada butik pakaian itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomansaBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...