The scariest thing about distance is that you don't know weather they'll miss you or forget you...
____________________
Helen tidak menjawap. Tengku Eray yang berdiri dihadapannya dipandang buat seketika sebelum kakinya mengatur langkah pergi dari situ tanpa sebarang kata.
"Helina!".
Langkah Helen terhenti apabila mendengar nama Helina dipanggil oleh Tengku Eray.
"Mika..you nak pergi mana tu?!!". Laung perempuan yang bersama Tengku Eray tadi dengan tidak berpuas hati apabila Tengku Eray berjalan mendekati Helen.
Helen menarik nafas apabila sebelah tangannya ditarik oleh Tengku Eray daripada belakang menyebabkan dia berpusing menghadap Tengku Eray yang saat ini berdiri disamping.
" Apa yang kau dengar tadi?". Soal Tengku Eray sambil merenung wajah Helen.
" Dengar?". Helen mengukir senyuman palsu. "Saya tak dengar apa-apa. Kenapa?. Saya baru aje datang. Bila tengok awak dengan perempuan jadi saya ingat nak tunggu awak dekat depan aje. You should have fun. Saya tak nak ganggu. Kalau awak nak balik nanti, call saya. Kita kena balik sama-sama. Nanti mummy dengan daddy awak syak something pulak kalau kita tak balik sama-sama" Bohong Helen. Seolah-olah dia benar-benar tidak mendengar apa-apa sebentar tadi. Tangannya yang berada di dalam gengaman Tengku Eray ditarik.
Namun, baru sahaja Helen mahu menyambung langkahnya, sekali lagi tangannya ditarik.
"Look Helen, aku...".
"Save it". Potong Helen pantas sebelum sempat Tengku Eray bersuara lebih lanjut. "Saya tak dengar apa-apa dan saya tak nak tahu apa-apa. Apa yang awak buat, that's not my problem. Jadi..Mika, saya tunggu awak dekat sana". Helen menunjuk ke arah satu set sofa yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Just have fun. That why you come here, right?. ". Helen melepaskan tangan Tengku Eray daripada tangannya lalu berjalan meninggalkan Tengu Eray yang masih terpinga-pinga di situ.
Senyuman yang tadinya diukir perlahan-lahan pudar dari bibir Helen. Rambutnya diraup kasar ke belakang. Kedua tangannya digengam erat.
_____________________
"Handsome betul".
"Wahh.. first time I tengok dia depan-depan macam ni".
"Bagusnya kalau dia tu sukakan aku".
"Tak hairanlah ramai betul yang datang sini semata-mata nak tengok dia. Aku sendiri pun tak puas tengok dia".
"Tapi kenapa dia ada dekat sini malam ni?. Bukan dia selalu ada dekat ruang VIP aje ke?".
Beberapa orang perempuan yang berada di sofa bertentangan dengan Helen, berbisik-bisik sambil menjeling Tengku Eray yang duduk di sofa di penjuru kanan Helen.
"Apa yang you buat dekat sini?. Apa class kita nak duduk dengan orang bawahan?. Jomlah Eray kita pergi tempat biar". Perempuan yang bersama dengan Eray tadi mula merengek-rengek tidak berpuas hati.
Tengku Eray tidak membalas. Tin air coke yang berada di atas meja di ambil lalu dibawa ke mulut. Tidak sedikitpun panggilannya dialihkan daripada memandang Helen yang sedari tadi sibuk dengan telefon bimbit ditangannya.
"Mika, you dengar tak ni?".
"Just shut up, Tasya". Ujar Tengku Eray dengan suara mendatar. Tangan Tasya yang memaut lengannya ditepis.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomantiekBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...