pARt🍂26

2.6K 150 5
                                        

Happiness hard to come but easy to disappear...

______________________

"Tak boleh ke aku keluar date dengan kau aje?".

Helen yang mendengar kata-kata Tengku Eray terdiam buat seketika sebelum bangun daripada Tengku Eray. Namun, Tengku Eray pantas menarik sebelah tangan Helen menyebabkan Helen tersemban pada Tengku Eray.

"What you doing?". Soal Helen dengan suara mendatar. Pandangan Tengku Eray padanya dibalas.

             "Kau....". Tengku Eray mendekatkan wajahnya pada Helen. "Bisinglah!". Dahi Helen ditunjal kuat. Kemudian, tubuh Helen ditolak menjauhinya sebelum turun daripada katil.

            "Eray". Panggil Helen menghentikan langkah Tengku Eray.

             Tengku Eray yang mahu masuk ke bilik air berpatah balik pada Helen. "Apa?".

             "Sini". Helen mengamit Tengku Eray untuk mendekatinya.

              "Apa yang ... aduhhh!". Tengku Eray mengaduh kesakitan apabila Helen menyepak betisnya tanpa amaran.

              "Rasakan!". Ujar Helen dengan jelingan tajam sebelum keluar dari situ. Berani betul cari pasal dengan aku.

             ___________________

Helen melangkah masuk ke dalam bilik sambil menguyah makanan ringan yang berada di tangannya. Tengku Eray yang sedang menyikat rambut dipandang sambil melangkah ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di situ.

          "Tak boleh ke cancel aje date ni?".

            Helen yang mahu menyumbat makanan ke dalam mulutnya terhenti. Tengku Eray dipandang dengan dahinya berkerut. "Kenapa pulak?. Perempuan yang akan date dengan awak tu cantik aje. Awak kan suka perempuan. Jadi apa masalahnya?".

               "Aku tak ada mood lah hari ni". Balas Tengku Eray sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding, menghadap Helen.

                "Tak ada alasan. Kena pergi jugak". Helen menyumbat makanan ke dalam mulutnya.

               "Kalau aku pergi pun, aku boleh buat apa?. Kau tahu kan aku pergi sebagai Eray..takkan lah aku nak buat perangai Mika pulak dekat sana".

             Helen mengeluh berat sebelum bangun daripada sofa dan melangkah ke arah Tengku Eray bersama makanan ringan ditangannya.

           "Kau call ajelah dia, cakap yang aku...". Bicara Tengku Eray terhenti apabila Helen menyuap makanan ringan ke dalam mulutnya.

           "Awak makan makanan saya".

            Tengku Eray menjeling Helen tajam. Makanan di dalam mulutnya dikunyah sebelum bersuara. "Apa yang kau buat ni?".

             " 'Rasuah' . Awak dah makan makanan saya jadi awak kena ikut cakap saya". Jawap Helen dengan wajah tidak bersalah.

               "Sorry?. Kenapa pulak?. Dah terang-terang yang kau suap makanan kau tu dalam mulut aku". Balas Tengku Eray tidak berpuas hati.

             Helen tidak melayan. Makanan ditangannya diletakkan di atas meja yang berhampiran. Satu tuala kecil yang berada di atas meja tersebut dicapai lalu tangannya dikesat sebelum menghampiri Tengku Eray.

            " Apa pun alasan awak, awak kena pergi jugak". Helen berdiri di hadapan Tengku Eray. Tanpa amaran, kolar baju Tengku Eray dibetulkan.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang