count on me...
___________________________
Helen menjeling Tengku Eray tajam saat memasuki bilik tidur.Langkahnya segera diatur ke sofa dengan lemah.Tubuh dihempas ke atas sofa.Letih mental dan fizikal.Tengku Eray memang benar-benar menderanya.
Baru sahaja Helen mahu memejamkan matanya, Tengku Eray tiba-tiba menghampiri Helen.Tubuhnya dibongkakkan.Mendekatkan dirinya dengan Helen.Kedua tangannya diletakkan di antara kepala Helen.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Helen mengerutkan dahinya memandang Tengku Eray yang begitu hampir dengannya."Apa?".Soal Helen acuh tak acuh.Malas mahu melayan Tengku Eray.
"Aku bukan jahat sangat.Kesian tengok kau susah payah macam ni.Jadi apa kata kau pujuk daddy bagi aku E&M Holdings cepat sikit?.Boleh lah kau blah dari sini cepat-cepat".Cadang Tengku Eray.
Helen tersenyum sinis."No!".Tubuh Tengku Eray ditolak menjauh."Terima kasih lah sebab prihatin but one month is one month".
Tengku Eray merengus geram.
"Sukahati kau lah.Dah!.Aku nak keluar.Kalau sesiapa tanya cakap aku ada meeting dengan clien".Tengku Eray melangkah ke arah pintu untuk keluar.
"Becareful Mika.Jangan sampai tertangkap pulak".Sempat Helen menyindir sebelum Tengku Eray keluar dari situ.
"Diamlah!!".
____________________________________________________________
"Dokumen tu ada atas meja cik.Saya dah letak semalam.Saya pasti yang saya dah letak dekat situ semalam.Nanti saya check balik ya.Saya memang tengah bersiap-siap untuk ke office".Helen memegang telefon dengan tangan kanannya sambil berjalan menuju ke dapur.Selesai sahaja Helen bercakap, talian segera diputuskan.Keluhan berat dilepaskan.Penat!.Tangannya direngangkan ke atas sambil melangkah memasuki dapur.
"Morning Lina".Kedengaran suara Tengku Saleha menyapa Helen sebaik sahaja Helen memasuki dapur.
"Morning too, mu...".Helen tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila melihat kelibat Sherry dan Shima di sisi Tengku Saleha.Tak ada orang lain ke?.Asyik-asyik diorang berdua ni.Bosan betul.
"Lina?.Okay tak ni?".Tegur Tengku Saleha hairan apabila Helen terkaku dihadapannya.
Helen pantas mengukir senyuman palsu.Langkah diatur mendekati Tengku Saleha."Morning mummy.Mummy buat apa?".Tegur Helen tanpa mempedulikan Sherry dan Shima.
"Mummy ingat nak sediakan makanan favourite Eray.Shima dan Sherry pun nak tolong mummy.Tengku Saleha menunjuk ke arah Sherry dan Shima yang sedang memotong bawang berhampirannya.
"Ohh..baguslah".Helen menjeling dua beradik itu sekilas.
"Yalah..tak macam orang tu.Sarapan untuk suami sendiri pun tak sediakan.Baik tak payah ada isteri".Perli Sherry.
Helen tidak melayan.Langkahnya diatur ke peti sejuk.Sebotol air mineral dikeluarkan.Malas mahu melayan.
"Tengku Saleha..ada call".Mak Idah yang tiba-tiba muncul bersuara.
Tengku Saleha menoleh.Mak Idah segera didekati."Ya ke?".
Mak idah mengangguk.
"Lina, mummy pergi jawap call dulu ya.Sherry, Shima nanti aunty datang balik".Ucap Tengku Saleha sebelum pergi dari situ.
Mereka bertiga mengangguk.
Helen menutup peti sejuk.Baru sahaja dia mahu berlalu dari situ, tubuhnya ditolak kuat ke peti sejuk oleh Sherry.Terjatuh botol mineral ditangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...