pARt🍂34

2.2K 159 10
                                    

I grew a flower that can't be bloomed in dream that never come true....

_________________________

'Aku dah dapat E&M Holding. Jadi keluar daripada rumah aku. Aku tak kisah kalau kau masih ada beberapa hari lagi. Aku tak nak tengok muka kau. Kemas barang-barang dan keluar dari rumah tu sebelum aku balik kalau kau tak nak aku hancurkan kau'.

Helen yang sedang duduk di birai katil meraup wajahnya dengan kasar. Kata-kata Tengku Eray di hospital tadi tergia-gia di telinganya. Mustahil dia akan tetap tinggal di sini. Tengku Eray mungkin akan dedahkan rahsianya nanti pada semua orang. Memang dah tak ada jalan lain. Dia perlu keluar daripada rumah ni seperti yang Tengku Eray inginkan.

Nafas panjang ditarik. Langkah segera diatur ke almari. Bagasi yang berada berhampiran dengan almari diambil lalu diletakkan di atas katil. Zip bagasi dibuka lalu Helen mula mengeluarkan pakaian miliknya lalu disumbat ke dalam bagasi.

'I'll smile for you.I'll be your shoulder if you crying.I'll stay beside you when people hate you.I'll beat anyone who make you angry.I'll do anything for you'.

Helen yang sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi terhenti. Rantai dilehernya disentuh. Kelopak matanya dipejamkan buat seketika. Awak tipu Eray. Awak penipu..tapi kenapa saya perlu rasa macam ni?. Awak bukan sesiapa. Jadi kenapa saya rasa yang awak penting untuk saya?. Kenapa?.

Helen membuka kelopak matanya kembali. Perbuatannya yang terhenti tadi disambung kembali lalu bagasi dizip. Tanpa membuang masa, Helen segera menarik bagasi itu keluar daripada situ bersamanya. Mungkin dia takkan kembali lagi ke sini.

______________________

"Miss Helen!". Helen mendongak apabila mendengar namanya dipanggil. Gina. Tanpa sempat Helen berbuat apa-apa tubuhnya sudah didakap erat oleh Gina. Helen membalas pelukkan Gina buat seketika sebelum meleraikan pelukan. Memang dia menghubungi Gina supaya mengambilnya di perhentian bas terdekat daripada rumah Tengku Eray.

"Miss okey tak?". Soal Gina prihatin.

Helen mengangguk.

Gina menarik nafas lega. "Habis tu Miss nak ke mana sekarang?".

"I ingat I nak tinggal dekat hotel buat sementara waktu. Hantar I dekat hotel mana-mana aje".

"Daripada Miss tinggal dekat hotel entah apa-apa baik miss ikut saya. Saya bawa miss ke satu tempat yang lebih baik daripada hotel. Jom!". Ujar Gina lalu menarik bagasi di tangan Helen menuju ke kereta.

"Pergi mana?!". Laung Helen hairan. Namun, langkah Gina tetap diikuti.

"Cepatlah miss!".

______________________

Gina memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah yang tidak dikenali. Pintu kereta dibuka lalu Gina keluar daripada kereta dan berlari membuka pintu untuk Helen. "Rumah siapa ni?". Soal Helen hairan. Masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

"Rumah saya".

"What?". Helen memandang Gina tidak percaya.

"Rumah saya". Ulang Gina lalu menarik tangan Helen supaya Helen keluar daripada kereta. "Jom!".

"Biar I ambil bagasi I dulu". Ucap Helen lalu bergerak ke bahagian belakang kereta tetapi pantas ditahan oleh Gina.

"Tak payah. Nanti saya bawa masuk. Sekarang saya nak kenalkan miss pada keluarga saya. Diorang memang excited nak jumpa miss". Tangan Helen ditarik mengikuti langkahnya ke dalam rumah.

"Mak! Mak!". Laung Gina sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tangan Helen yang dipegangnya sejak tadi dilepaskan.

Tidak lama kemudian, muncul seorang perempuan yang agak berusia bersama seorang perempuan. "Miss Helen!". Ucap perempuan yang agak berusia itu sebelum mendapatkan Helen lalu tubuh Helen dipeluk erat.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now