pARt🍃54

2.2K 172 9
                                    

Just like a butterfly..
More I reach, more far you go..

         _________________________

Saya ingat saya mampu tahan hati saya daripada terluka bila saya datang ke sini. Saya ingat saya takkan apa-apa walaupun awak tak ingat saya dan saya ingat..saya takkan sakit walaupun awak tak lagi cintakan saya...walaupun awak bersama dengan perempuan lain tapi kenapa...kenapa sakit adalah apa yang saya rasa sekarang?.

            Tangisan Helen semakin menggila. Plastik ditangannya dilepaskan. Langkah diatur pergi dari situ. Airmatanya yang mengalir dikesat kasar dengan telapak tangan.

             "Helen, kenapa ni?". Ujar Ailey hairan apabila melihat Helen berlari keluar daripada dapur. Sebelah tangan Helen segera dipaut. Menghentikan langkah Helen.

              Helen tidak menjawap. Hanya kepalanya sahaja yang digelengkan bersama wajah yang basah dengan airmata.

              "Apa yang dah jadi?. Kenapa you menangis?". Soal Ailey hairan.

               Helen tidak menjawap. Membiarkan esakkannya kedengaran.

               "Wait here". Kata Ailey lalu melepaskan tangan Helen yang dipegangnya. Baru sahaja langkahnya mahu diatur ke dapur, Helen segera menahan. "Apa yang dah jadi, Helen?".

               Senyap.

            Ailey mengeluh berat. "Let just get out from here, okay?". Tanpa menunggu lebih lama, Helen ditarik pergi dari situ bersamanya.

          _________________________

Kereta Ailey hentikan berhampiran dengan sebuah taman rekreasi. Tali pinggang keledar yang dipakainya ditanggalkan lalu Ailey memusingkan tubuhnya menghadap Helen berada disebelahnya. "Now tell me. Apa yang dah berlaku?. You tak pernah menangis macam ni tau. I nak tengok you menangis pun susah. Cakap dekat I siapa yang dah buat you macam ni?". Luah Ailey dengan nada geram. Sepanjang dia mengenali Helen, tidak pernah sekali pun Helen menangis. Kadang-kadang dia terfikir yang Helen ni ada perasaan sedih ke tak?. Walau macam mana sedih pun, Helen takkan sesekali menitiskan airmatanya.

             "I'm sorry but I can't tell you anything?". Helen bersuara dengan suara yang serak.

              "Why?". Ailey memandang Helen lama. "Because i'm not Gina?. I tahu I takkan boleh gantikan tempat dia tapi I kisah pasal you, Helen".

            "Ailey.. ".

            "Tell me, Helen". Desak Ailey. "I nak tahu apa yang berlaku..I..".

              "I love him!. I love him, okay?!". Bentak Helen. Memotong kata-kata Gina. "I cintakan dia. I cuba berlagak macam I tak kisah pasal dia tapi I tak boleh menipu diri I sendiri. Cuma dia yang I nak tapi...". Helen berhenti bercakap apabila terasa airmatanya kembali mengalir.

            "Helen...".

             "Dia..dia tak ingat I. Separuh hati I bersyukur sangat sebab dia tak kenal I..sekurang-kurangnya dia takkan tahu yang I penyebab dia hampir hilang nyawa dia tapi separuh lagi hati I.. nak dia ingat I. I tak sempat nak bagitahu dia yang I tak bencikan dia...yang I betul-betul cintakan".

              "Who?". Tanya Gina sepatah.

                Helen menarik nafas. Nampaknya dia terpaksa bagitahu Ailey segalanya. "Mika". Dapat dilihat wajah Ailey yang jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Satu persatu rahsianya dijelaskan kepada Ailey. Daripada dia menyamar sebagai Helina sehingga dia kembali menjadi Helen.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now