pARt🍂38

2.2K 176 14
                                    

How can love give us so many hurt when it's the hardest thing to let go...

           _______________________

"Ini kuncinya. Nombor bilik cik 213. Terima kasih". Helen hanya mengangguk dengan wajah yang tidak berperasaan. Kunci dihulurkan oleh pekerja hotel diambil lalu Helen segera beredar dari situ untuk ke biliknya.

             Langkahnya diatur ke arah lif lalu nombor yang berada pada dinding lif ditekan. Tanpa perlu menunggu lama, Helen tiba di tingkat yang menempatkan biliknya.

              Sebaik sahaja, biliknya dijumpai Helen segera masuk ke dalam lalu pintu biliknya dikunci. Telefon bimbit yang dipegangnya dimatikan. Kemudian, dicampak ke dalam tong sampah yang berada berhampiran sebelum melangkah ke katil.

            Tubuhnya direbahkan di situ dan tanpa dapat ditahan airmatanya mula mengalir. Hatinya hancur. Fikirannya kosong. Gara-gara dirinya, Gina terpaksa tanggung semuanya. Semua salah dirinya. Kalau dia tak muncul semula sebagai Helina. Semua ni takkan terjadi. Gina masih akan ada bersamanya.

        "I'm sorry....i'm so sorry".

      
          _______________________

"Eray, baru balik?. Puas mummy call kamu. Kamu pergi...". Tengku Saleha yang duduk di sofa bergegas mendapatkan Tengku Eray saat anaknya itu melintasi ruang tamu. Namun, kata-katanya terhenti apabila melihat wajah keruh Tengku Eray.

             "Eray, kamu okey tak ni?".

              Tengku Eray tidak menjawap. Kakinya melangkah pergu dari situ tanpa sebarang kata. Laungan Tengku Saleha sedikitpun tidak dihiraukan.

                Tangga dinaiki menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka lalu Tengku Eray melangkah masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan di birai katil.

            'Sesuai dengan perjanjian kita. Hari ni cukup sebulan...jangan cari saya lagi'.

             Rambut perangnya, Tengku Eray raup kebelakang dengan kasar. Kemudian, bangun daripada duduknya. Barang-barang yang berada di atas meja berhampirannya ditolak kuat sehingga terjatuh bertaburan di atas lantai sebelum tubuhnya disandarkan pada dinding dengan nafas yang tercungap-cungap.

            ______________________

                   "More".

                   "More..".

                    "More!".

                      Tengku Eray meneguk gelas yang berisi bir ditangannya dengan rakus lalu dihentak pada meja dihadapannya. "More!!". Arahnya pada pelayan dengan kasar.

                    Baru sahaja gelas yang yang dihulurkan oleh pelayan mahu diambil, Akim terlebih dahulu mengambil gelas tersebut. "Kenapa dengan kau ni?". Soal Akim hairan.

                "Kenapa apa?". Gelas yang berada di tangan Akim dirampas lalu minuman yang berada di dalam gelas diteguk sehingga habis. Sebelah tangannya memegang kepalanya yang terasa sedikit pening.

                "Jom aku hantar kau balik". Kata Akim lalu segera bangun daripada kerusi. Tangan Tengku Eray ditarik tetapi dengan pantas Tengku Eray menarik tangannya kembali.

              "Kau jangan sibuklah. Buat macam kau tak biasa pulak". Balas Tengku Eray kasar lalu melangkah ke lantai tari.

               Akim merengus geram. Tengku Eray yang berada di lantai tari bersama beberapa orang perempuan yang cuba menggodanya dipandang. Sudah lama Tengku Eray tidak datang ke kelab malam. Namun, sejak beberapa hari kebelakangan ni, Tengku Eray mula berkunjung kembali ke sini. Akim meraup wajahnya. Mungkin dia perlu biarkan Tengku Eray berseronok. Lagipun, itu memang perangai Tengku Eray. Woman. Club. Alkohol.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now