The only one i want, the only i one to give my all is you but if i take a step, i'm afraid you'll get away..
_____________________
"Bangun!. Aku belum puas lagi dengan kau". Kelvin memaksa Helen berdiri semula. Sekali lagi pipi Helen ditampar. Namun, kali ini lebih kuat. Kemudian, Helen ditolak jatuh ke lantai.
Helen memejamkan kelopak matanya. Terasa kesakitan di seluruh tubuhnya. Semuanya tak berguna. Macam mana dia nak lindungi dirinya kalau dia tak dapat lindungi Helina.
Syana tersenyum puas.
"Perempuan macam kau ni patut sedar diri. Bangun!!. Biar aku ajar kau hari ni". Kelvin menarik Helen semula dengan kasar. Namun, pegangannya terlepas apabila satu tumbukan dilayangkan ke wajahnya dengan kuat secara tiba-tiba. Terlepas pegangannya pada Helen.
Syana dan beberapa orang yang turut berada di situ terkejut apabila melihat orang yang menumbuk Kelvin. Tengku Eray. Suasana yang tadinya riuh terus bertukar senyap.
Tengku Eray mengetap giginya kuat lalu melayangkan satu lagi tumbukan pada wajah Kelvin menyebabkan Kelvin terdorong beberapa langkah ke belakang. "Damn it!!". Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar lalu menendang Kelvin sehinga terjatuh di situ. Kemudian, bertubi-tubi tumbukkan dilayangkan pada tubuh Kelvin tanpa belas kasihan.
"Blah!..Blah!!". Ujar beberapa orang yang berada berhampiran sebelum melarikan diri dari situ. Syana yang melihat turut melarikan diri daripada situ. Meninggalkan Kelvin sendirian.
"Mika....". Panggil Helen lemah. Cuba untuk menghalang Tengku Eray yang tidak berhenti-henti memukul Kelvin.
Tengku Eray tidak melayan. Kolar baju Kelvin dicengkam kuat. Botol kaca yang berada di atas meja berhampiran pantas dicapai dengam sebelah tangannya yang masih bebas. Helen yang melihat perbuatan Tengku Eray itu pantas berlari ke arah Tengku Eray lalu tubuh Tengku Eray dipeluk erat daripada belakang. "It's okay Eray..it's okay...". ujar Helen cuba menenangkan Tengku Eray. Perlahan-lahan dapat dirasakan nafas Tengku Eray kembali teratur.
Tengku Eray melepaskan pegangannya pada kolar baju Kelvin dengan kasar lalu memusingkan tubuhnya memandang Helen. Tanpa sebarang kata, sebelah tangan Helen ditarik supaya mengikutinya keluar dari situ.
______________________
Helen mengikuti langkah Tengku Eray yang mengheretnya ke tempat parking kereta. Namun, belum sempat sampai ke kereta Tengku Eray, Helen segera menarik tangannya daripada pegangan Tengku Eray.
Langkah Tengku Eray terhenti. "What you doing?". Langkahnya diatur menghampiri Helen tetapi Helen pantas berundur beberapa tapak kebelakang.
"Apa yang awak buat, Eray?". Helen bersuara. "Kenapa awak datang ke sini?".
"Sebab kau langsung tak boleh jaga diri kau!!". Tengking Tengku Eray bengang. "Apa yang kau harap aku buat?. Biarkan kau sakit dan tinggalkan kau macam tu aje?!".
"You should mind your own business". Ujar Helen lalu memusingkan tubuhnya membelakangi Tengku Eray mahu segera pergi dari situ.
"Tell me Helen. Tell me..what should I do when you keep break down my wall and tell me what should I do when you make me want to turn this fake relationship into something true?!!".
Langkah Helen terhenti apabila terasa tubuhnya dipeluk daripada belakang. Erat. "Come back to me". Ucap Tengku Eray serius.
Helen memejamkan matanya. Nafas panjang ditarik sebelum kelopak matanya dibuka kembali. Tubuhnya dipusingkan menghadap Tengku Eray.
"I can't. Mungkin ini yang terbaik Eray. Lagipun, masa saya cuma ada seminggu lagi untuk tinggal dekat rumah tu. Pembunuh Helina pun saya tak dapat cari. Semuanya sia-sia, Eray".
ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomantizmBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
