pARt🌹37

2.6K 171 13
                                    

The words I couldn't say to you...

          _______________________


         "Thank you...Helen".

                Helen terkedu.

                   "A...apa?".

                Tengku Esyraf melepaskan keluhan. "You're not Helina, right?. Abang Es tahu. Selama Helina tinggal dekat sini, hubungan kami berdua memang baik. Dia bagitahu semua rahsia dia dekat abang Es tapi yang paling abang Es tak sangka bila Lina cakap yang dia ada kembar. Ada Helen. Orang lain mungkin tak perasan tapi abang tahu ada sesuatu yang tak kena bila Helen datang sebagai Helina. Helen ingat tak masa dekat mall..abang pernah tanya betul ke Lina sukakan aiskrim perisa coklat. Abang Es dah pelik sebab setahu abang, Lina tak suka apa-apa makanan yang berperisa coklat dan bila Helen tampar Eray dekat hospital, abang Es pasti yang perempuan depan abang Es ni bukan Helina tapi Helen". Jelas Tengku Esyraf panjang lebar.

               Terdiam Helen. Tidak tahu mahu berkata apa. Helina bagitahu tentangnya pada Tengku Esyraf. Ini kali pertama Helina memberitahu seseorang tentang pada seseorang.

              "Kenapa Helen yang ada dekat sini bukan Helina?. Helina ada dekat mana sekarang?".

                Helen memandang Tengku Esyraf dihadapannya lama. "Maaf. Kalau abang Es betul-betul rapat dengan Helina tolong rahsiakan daripada semua orang tentang ni". Ucap Helen sebelum segera beredar dari situ. Meninggalkan Tengku Esyraf yang terpinga-pinga melihatnya.

             Helen mengengam kedua tangannya erat. Dia tak boleh percayakan sesiapa buat masa ni dan Tengku Esyraf tak terkecuali dalam senarainya.

            _______________________

Gina yang sedang enak menikmati makanan dihadapannya dipandang sekilas sebelum Helen menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Jarinya bermain diskrin telefon. "Tak nak makan ke?. Makanan dekat sini sedaplah. Saya nak makan puas-puas hari ni".

                "Nantilah I makan. Kalau sedap lain kali kita datang lah lagi". Ujar Helen tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin telefon. Video Helina yang diselam ke dalam tasik dimainkan berulang-ulang kali.

            "Kalau ada masa".

            "Kenapa pula tak ada masa. Bukan jauh pun tempat ni. Hari-hari I boleh bawa you ke tempat ni".

              "Takkan lah hari-hari. Lain kali. Kita datang sini bila Helen adalah Helen bukan Helina".

                "Apa bezanya?. Bukannya ada orang tahu pun yang....". Helen menghentikan kata-katanya apabila pandangannya terpaku pada sesuatu yang terdapat dalam video yang dimainkannya. Video pantas dihentikan lalu dizoomkan dengan lebih dekat.

             "Awak okey tak, Helen?. Ada apa-apa yang tak kena ke?". Tanya Gina hairan.

                Helen tidak menjawap. Apa yang terpapang diskrin dipandang dengan perasaan bercampur-baur. Takkanlah...tak mungkin.

              'Apa kau cakap hari tu?. Keluarga aku bunuh kakak kau?. Memang taklah!'.

                "I need to go first. Habiskan makanan dan balik terus rumah. I'll call you. Bye!". Kata Helen lalu tergesa-gesa bangun daripada kerusi. Beg sandangnya dicapai lalu segera beredar dari situ tanpa sempat Gina berkata apa-apa.

           ______________________

Pintu pejabat Tengku Fazriz yang berada di satu sudut yang agak tersorok di rumahnya diketuk beberapa kali sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now