pARt🍃12

2.4K 127 2
                                        

Don't find someone you'll see everyday but find someone who'll miss you sunday until saturday..

_________________________

          "Apa ni?.Tak cukup jadi penipu kau nak jadi pencuri pulak?".Tengku Eray menghampiri Helen.Telefon bimbit Tengku Eddy yang berada di tangan Helen dirampas kasar.

          Helen diam.

            Tak guna.Bukan dia dah keluar dari bilik ke tadi?.Macam mana dia boleh ada dekat sini pulak.

             "I tak curi.I pinjam.PINJAM".Balas Helen mempertahankan dirinya.Telefon bimbit ditangan Tengku Eray cuba diambil tetapi Tengku Eray pantas menganggkatnya ke atas.

            "Pinjam?.Ada kau bagitahu abang Ed yang kau nak pinjam handphone dia?".Soal Tengku Eray sinis.

              Helen terdiam.

         "Macam ni lah perempuan whatever you name".Tengku Eray menarik Helen rapat dengannya."Nampaknya kau masih tak faham.Satu bulan tu tak bermakna kau boleh buat apa yang kau suka dalam rumah ni.Satu-satunya sebab aku setuju dengan syarat kau adalah sebab aku perlukan kau atau lebih tepat lagi wajah kau..untuk aku jadi pemilik E&M Holdings".Bisik Tengku Eray di telinga Helen lalu Helen ditolak menjauh daripadanya.

               Helen memandang Tengku Eray yang melangkah keluar dari bilik dengan wajah yang bengang.Tak apa...dia takkan kalah dengan lelaki hiporkrit macam tu.Tengoklah nanti...

          _______________________

Helen mengeluarkan sekotak susu segar daripada peti sejuk lalu menuangkannya ke dalam gelas.Macam mana dia mahu menyiasat tentang kematiaan Helina kalau Tengku Eray asyik menganggunya?.Dia kena cari cara lain.Dia tak boleh kalah dengan lelaki dua muka macam tu.Gelas yang sudah terisi dengan air susu dicapai lalu diteguk rakus.Dahaga!.Semua ni disebabkan oleh Tengku Eray.Sudahlah dia hanya ada sebulan sahaja.Gelas diletakkan kembali dia atas meja.Kotak susu diletakkan kembali di dalam peti sejuk.

                    Tersentak Helen sebaik sahaja menutup pintu peti sejuk apabila melihat Syima dan Sherry berdiri dihadapannya.Apa lagi yang perempuan-perempuan ni nak daripada dia.Dia dah cukup baik sebab tak balas balik apa yang Sherry dan Syima buat pada dia dekat kolam renang hari tu.Sekarang masalah apa pulak yang diorang ni nak timbulkan?.

                   "Kami berdua belum habis lagi dengan kau.Jangan ingat kau dah terlepas".Syima memulakan bicara.

                  Helen menarik nafas panjang.

                  "Lina tak buat apa-apa pun dekat Sherry dan Syima.Kenapa awak berdua benci sangat dekat Lina?.Awak berdua sepupu abang Eray.Sepatutnya Syima dan Sherry sokonng perkahwinan kami berdua".Kata Helen lembut.

                  "Hei perempuan lembap!".Syima menolak bahu Helen dengan kasar."Eray tu C.E.O E&M Holdings..kau tu pulak entah siapa-siapa.Tiba-tiba datang rampas Eray daripada kami berdua.Kau tu nak harta dia aje kan?.Dasar perempuan tak ada maruah!!.

                "Betul tu.Kalau bukan sebab kau yang terhegeh-hegeh Eray takkan kahwin dengan kau lah".Sampuk Sherry pula.

                "Murah!".

               "Tak guna".

                "Tak ada maruah!".

                Helen mengetap bibir.Kedua tangannya digengam eray.Cuba menyabarkan dirinya.Dia masih menyamar sebagai Helina.Jadi dia tak boleh melawan adik-beradik ni sebagai Helen."Kalau Syima dan Sherry rasa yang Syima dan Sherry lebih layak berbanding LIna untuk jadi isteri abang Eray..silakan.Bagitahu abang Eray.Kita boleh bincang elok-elok.Lina tak kisah.Lina akan buat apa sahaja untuk kebahagian abang Eray".Balas Helen tenang.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang