pARt🍃9

2.4K 128 5
                                        

When a lie is hurt than truth...

              _____________________

           "Duduklah Helina.Bersembang dengan parent kamu ni.Mummy pun terkejut bila parent kamu datang".Tengku Saleha memecah kesunyian di antara mereka semua.

             "Tak apa.Kami datang pun sekejap aje".Ujar.Datin Helda lalu bangun daripada kerusi.Kemudian,diikuti oleh Dato Rashdan.Helen didekati.

            "Kebetulan Tengku Fazriz dan Tengku Saleha ada, saya sebenarnya datang nak bagitahu sesuatu yang penting".Datin Helda mengerling Tengku Fazriz dan Tengku Saleha yang berada di meja makan sebelum mengalihkan pandangan pada Helen kembali.

              "Saya nak ambil Helina semula".Jelas Datin Helda ringkas tetapi cukup mengejutkan semua yang berada di situ.

                 Tengku Saleha dan Tengku Fazriz segera bangun daripada kerusi."Saya tak faham apa yang Helda cakap ni.Helina ni menantu saya".Bantah Tengku Saleha tidak bersetuju."Saya tak kisah kalau Helda nak bawa Helina keluar tapi kenapa saya rasa yang Helda nak ambil Helina terus dari sini".

               "Kami memang nak ambil Helina.Kami nak Helina semula.Kami tak nak dia jadi menantu dalam rumah ni".

            Helen diam.Tidak mampu bersuara.Helina seorang yang taat dan tak akan melawan cakap sesiapa.Jadi bagaimana dia mahu membantah kata mama dan papanya saat ini.

         "Kami menyesal sebab benarkan Helina berkahwin dengan Tengku Eray.Kami patut biar Helina buat keputusan sendiri.Jadi sekarang...kami nak Helina balik".Giliran Dato Rashdan pula bersuara.

            "Tapi Helda..Rashdan, Helin dah jadi menantu saya.Saya tak rasa Helina patut....".Tengku Fazriz cuba menbantah tetapi dipotong oleh Datin Helda.

           "Saya ibu dia, saya ada hak untuk buat Helina.Dia anak saya".Datin Helda menarik tangan Helen.Helen ditarik keluar daripada dapur."Jom bang!".

             "Hak?".Sampuk Tengku Eray yang muncul secara tiba-tiba menyebabkan langkah Datin Helda yang lain terhenti.

              Tengku Eray mendekati Datin Helda sambil membetulkan kot ditubuhnya.Helina dijerling sekilas sebelum Tengku Eray menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

              "Eray tahu hak mama tapi mama pun kena tahu hak Eray".Ucap Tengku Eray lalu menarik Helen yang dipegang oleh Datin Helda ke arahnya.

                 Helina menjeling tangan Tengku Eray yang memegang tangannya.Nafas lega ditarik.

             "Eray jangan halang mama.Mama nak Helina".Tegas Datin Helda.

              "Helina milik Eray".Tengku Eray tidak mahu mengalah.

               "Tapi itu bukan...".

              "Ma!".Celah Helen pantas.Hampir sahaja rahsianya terbongkar.

              "Helina akan stay dengan Eray.That's the final".Putus Tengku Eray lalu menarik Helen pergi dari situ bersama dengannya.

       _________________________

Tengku Eray melepaskan tangan Helen sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik.Pintu bilik ditutup lalu dikunci."Aku buat semua ni bukan sebab aku suka kau.Aku cuma tak nak kau lupa perjanjian kita".Jelas Tengku Eray mengingatkan.

             Helen hanya mengangguk.Meskipun di tahu apa yang dimaksudkan dengan perjanjian antara Tengku Eray dah Helina.

            "Kau dah janji yang kau akan stay dengan aku sampai daddy jadikan aku pemilik E&M Holdings dan aku dah janji yang aku akan lepaskan kau bila aku dah dapat apa yang aku nak.Kau tak lupa kan"'

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang