pARt🍃25

2.5K 173 4
                                    

Be with you is the most beautiful moments in my life...

             ______________________

             "Just give me set A".

            "Chocolate ice satu".Ujar Helen sambil menutup buku menu ditangannya. Pandangan dialihkan pada Syana yang berada dihadapannya. Senyuman nipis diukir pada pada bibir.

               "Ada apa-apa lagi?". Soal pelayan perempuan yang masih berdiri di situ dengan sopan".

                "That's all. Thank you". Ucap Syana ringkas.

                "So...macam mana dengan syana?. Sihat?. Dah lama tak dengar khabar daripada Syana". Helen memulakan bicara sebaik sahaja pelayan tadi berlalu pergi.

                "I sihat. I lama tak ada dekat sini sebab balik kampung. Jenguk mak ayah I dekat sana".

               "Ohhh..no wonderlah Lina lama tak nampak Syana".

                "By the way, I dengar you dah kahwin. Betul ke?".Tanya Syana dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

                 "Betul. Tengok ni!". Jawap Helen berpura-pura ceria sambil menganggkat tangan kanannya. Menunjukkan cincin emas yang berada di jari telunjuknya.

           "Wow...dengan siapa?. Tak sangka you kahwin awal daripada I. I ingatkan you takkan jatuh cinta dengan sesiapa. Yalah...masa sekolah dulu pun, tak ramai yang nak berkawan dengan you".

            Helen hanya tersenyum. Seorang pelayan yang sedang melalui meja mereka berdua sambil menatang dulang dijeling sekilas. Sebaik sahaja pelayan itu tiba betul-betul di sebelah Helen, Helen memangkah kaki pelayan itu dengan sengaja menyebabkan minuman yang ditatang oleh pelayan itu tumpah ke atas baju Syana.

               "What the hell?!". Tengking Syana lalu pantas bangun daripada kerusi.

                "Oh my god, Syana!. Are you okay?". Helen turut bangun daripada kerusi. Berpura-pura prihatin.

               "Maaf miss.. saya tak sengaja". Ujar pelayan perempuan yang menumpahkan air sebentar tadi.

                "Maaf?!. You ingat dengan maaf you ni boleh keringkan baju I balik, hah?!. Buat kerja tu elok-elok lah sikit!!. Kau ni memang....".

                 "Er...lina rasa baik Syana pergi toilet dulu. Bersihkan apa yang patut. Malu lah orang tengok". Sampuk Helen sebelum sempat Syana melanjutkan kata-katanya.

               "Erghhh!!..Idiot!". Syana merengus geram sebelum berlalu dari situ dengan wajah yang bengang.

              Helen tersenyum sinis melihat kelibat Syana yang semakin menjauh. Punggungnya dilabuhkan semula di atas kerusi. Pelayan perempuan yang dipangkah kakinya tadi dipandang. "Sorry about that. Jangan risau. Saya akan pastikan awak takkan diambil tindakan tentang perkara ni. Lagipun, saya yang buat awak hampir jatuh tadi kan".

            Pelayan itu hanya mengangguk sebelum meninggalkan Helen sendirian.

             Cincin yang berada di tangan, Helen pandang lama sebelum tangannya digengam erat. Siapa pun yang dah buat aku kehilangan Helina, tak terlepas.

               _____________________

Jam ditangan dikerling sekilas. Jarum sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Helen menarik nafas panjang. Pintu bilik Tengku Eray dibuka dengan berhati-hati. Helen melangkah masuk ke dalam dan....

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now