Don't look for someone to complete you..find someone who can loves you completely..
________________________
"Apa maksud daddy".Siapa perempuan tu?.Siapa Helina?".Tanya Tengku Eray sebaik sahaja pulang ke rumah.Langkah Tengku Fazriz diikuti daripada belakang."Dad!".
Tengku Fazriz berhenti melangkah."Betul kamu nak tahu?".Soalnya meminta kepastian.Wajah anaknya dipandang.
Tengku Eray mengangguk pantas.
"Your future wife.Helina is your future wife,Eray".
Tengku Eray tercengang.
"My what?".Tengku Eray bertanya dengan nada tidak percaya.
"Eray....".
"Wife?.Eray bercakap dengan perempuan pun kadang-kadang.".Bohong Tengku Eray meskipun dia bersama dengan perempuan yang berlainan hampir setiap malam."Daddy nak suruh Eray kahwin?.Eray tak setuju!".
"You have to agree,Eray.Daddy dan Dato Rashdan dah berjanji".
"Yang berjanji tu daddy bukan Eray.Eray tetap tak setuju.Daddy jangan nak paksa-paksa Eray.Anak daddy bukan Eray sorang aje.Abang Eddy ad...anak kesayangan daddy tu pun ada".
"Sebab daddy nak kamu yang berkahwin dengan Helina.Helina tu budak baik.Kamu akan bahagia dengan dia".Pujuk Tengku Fazriz tidak mengalah.
"I don't care.Eray takkan kahwin dengan siapa-siapa pun".Tegas Tengku Eray.Menentang keputusan daddynya sekeras-kerasnya.Dia dah agak,daddynya takkan kenalkan perempuan kepada dia saja-saja aje.Dia bukannya bodoh.
"Kalau macam tu daddy takkan jadikan kamu CEO E&M Holdings".Tengku Fazriz mula menggugut.
Tengku Eray memandang daddynya dengan senyuman."Daddy ni bukan drama ke apa yang hero dia akan ikut cakap daddy dia disebabkan nak jadi CEO.Sorrylah daddy tapi Eray langsung tak minat.CEO atau tak,Eray tak kisah.Eray kerja dekat situ pun sebab daddy yang suruh".
"Kalau kamu tak jadi CEO,abang kamu..Esyraf yang akan jadi pengganti kamu".
Senyuman Tengku Eray terus mati apabila nama Esyraf disebut."You know I hate Esyraf,right?.Why Esyraf?.Why not abang Eddy.Dia lagi layak daripada anak kesayangan daddy tu".Kedua tangannya digengam erat.Cuba menyabarkan dirinya.
"Sebab kamu tak suka lah,daddy nak Esyraf yang ganti kamu".
"Daddy.....".
"Kahwin dengan Helina dan daddy akan jadikan kamu CEO tetap syarikat".Tengku Fazriz cuba berunding.
"Okay!".Tengku Eray mengalah akhirnya."Eray akan kahwin dengan Helina tapi daddy kena make sure yang jawatan CEO tu milik Eray bukan Esyraf".Pesannya sebelum segera berlalu.
Tengku Fazriz menggelngkan kepalanya.Tidak tahu mengapa Eray begitu membenci Esyraf sedangkan hubungan mereka berdua dulu begitu rapat.Harap-haraplah mereka berdua berbaik suatu hari nanti.
_____________________
"Helina".
Helina yang mahu mendaki tangga untuk ke biliknya terhenti.Tubuhnya dipusing kebelakang.Memandang ke arah papanya."Kenapa?".
ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
