I keep myself under spell..
So that..I won't feel any pain..
But then, just like magic..
You keep make myself in pain..________________________
"Dia..". Shima menunjuk ke arah Helen yang berada tidak jauh daripadanya. "Dia buat apa dekat sini?".
Tengku Eray mengerling pada Helen tajam sebelum menapak mendekati Shima dan Sherry. "Dia maid aku". Kata Tengku Eray acuh tak acuh.
Helen hanya mendiamkan dirinya.
"Maid?". Ulang Sherry meminta kepastian. "Eray, dia...".
"Macam mana kau boleh datang sini?". Bidas Tengku Eray pantas sebelum sempat Sherry bersuara lebih lanjut. "Macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini?. Keluar!".
"Eray jangan macam ni". Sampuk Shima panik. Sebelah lengan Tengku Eray segera dipaut. "I dah lama cari you. Hampir setahun I tak jumpa dengan you. You dah lama tak balik rumah mummy you. Jangan halau I. I rindu you sangat-sangat, Eray".
"Aku peduli apa?!. Keluar daripada rumah aku". Tengku Eray menarik tangannya daripada pegangan Shima.
"Eray please..". Shima cuba memujuk. "Bagi I peluang. I nak bersama dengan you. Izinkan I dengan Sherry tinggal dekat sini. I dengan dia dah susah payah cari you. At least, biar I dengan Sherry tinggal beberapa hari dekat sini".
"Fine. Okay fine!. Kau boleh tinggal dekat sini. Puas?". Tengku Eray mengalah akhirnya.
Shima tersenyum lebar. "Thank you Eray. You takkan menyesal bagi kitaorang tinggal dekat sini".
Tengku Eray tidak menjawap. Kepalanya ditolehkan pada Helen. "Dan kau..tak ada kerja ke nak buat?". Ujarnya kasar.
Tersentak Helen.
"Maaf. Saya pergi buat kerja dulu". Kata Helen. Kemudian, segera beredar dari situ.
______________________
"Dia..Helen kan?. Perempuan yang menyamar sebagai Helina dan jadi isteri palsu Eray tu. Memang dia kan?". Tanya Sherry bertubi-tubi sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik tetamu yang berada di rumah Tengku Eray. Shima yang sedang duduk dibirai katil dihampiri.
"Memang dia..Helen". Balas Shima tanpa memandang Sherry yang berdiri berhampiran dengannya.
"Kalau dia memang Helen kenapa Eray layan dia macam tu?. Kau nampak tak macam mana Eray bercakap dengan dia tadi?. Bukan ke Eray cintakan dia atau dia bukan Helina?".
"You jangan mengarutlah. Perempuan tu memang Helen. Mungkin Eray tak ingat dia".
"Yes. Maybe Eray tak ingat saya". Celah Helen yang berada di muka pintu.
Shima dan Sherry menoleh.
Helen melangkah masuk ke dalam. Pintu dibelakangnya ditutup lalu dikunci. Shima dan Sherry segera didekati. "Eray memang tak ingat saya dan kaurang berdua takkan bagitahu dia apa-apa".
"You siapa nak arah-arah kitaorang?. Kalau I nak bagitahu, I akan bagitahu". Ucap Shima sambil bangun daripada katil.
"Fine. Bagitahu Eray siapa saya. Kita tengok dia akan pilih siapa?". Helen menentang pandangan Shima. "Awak berdua tahu kan siapa yang dia cinta dekat sini?". Ugut Helen. Meskipun, dia tidak tahu Tengku Eray akan memilihnya atau tidak selepas apa yang dah terjadi.
Shima terdiam.
Helen semakin mendekati Shima dan Sherry. "Jadi...jangan cuba buat apa-apa". Tegas Helen sebelum meninggalkan Shima dan Sherry berdua di situ.
Sherry menoleh kepada Shima. "I tak sedap hati lah Shima. Betul apa yang dia tu. Eray cintakan dia. Kita balik lah".
"No!". Bantah Sherry lantang. "Kita takkan balik. I nak Eray. So..set it on your mind. Kita takkan balik selagi I tak dapat Eray.
YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...