Silent doesn't mean you lose..it just another step to make you win
______________________________________________________________
"Eray nak Helina kerja dengan Eray.Mulai esok".Tengku ERay bersuara secara tiba-tiba menyebabkan semua yang berada di situ menoleh ke arahnya.
Helen meletakkan kembali gelas ditangannya di atas meja.Tengku Eray dihadapannya dipandang.
Bala apa pula ni?.
"Eray dah bincang perkara ni dengan Lina.Lina pun dah setuju".Sambung Tengku Eray lalu mengalihkan padangannya pada Helen."Kan Lina?".
Bincang tapak kaki dia!!.
Helen tersenyum palsu.Tak guna."Haah.Eray memang dah bincang dengan Lina.Lina ikut aje mana yang terbaik".Jawap Helen apabila Tengku Saleha dan Tengku Fazriz sudah memandang ke arahnya.
Tengku Eray tersenyum kemenangan.
"Elok juga tu Lina.Lagipun bukan syarikat orang lain.Syarikat suami kamu juga.Boleh lah kamu tolong Eray apa yang patut".Sokong Tengku Saleha pula.
"Ya..ya..".Helen menganggukkan kepalanya bersama senyuman yang tidak lengkang daripada bibirnya.
_______________________________________________________________
Helen menutup pintu bilik dengan kasar sebaik sahaja Tengku Eray dan dirinya masuk ke dalam bilik.Tengku Eray didekati dengan wajah yang tegang."What are you doing?.Apa yang dah kita bincang?.Kenapa pulak i kena kerja dengan you?".Soal Helen bertalu-talu.Tengku Eray yang hanya berwajah tenang dipandang dengan rasa tidak berpuas hati.
"Apa masalahnya?.Tempat seorang isteri kan disisi semuanya".Balas Tengku Eray bersahaja.
Helen memandang Tengku Eray dengan wajah tidak percaya apabila mendengar kata-kata itu."Wife?.Do you really think i'm stupid?.I tahu lah yang you buat semua ni ada sebab.You tak nak kan kalau i dapat cari bukti yang family you ni pembunuh!".Ujar Helen dengan suara yang semakin lama semakin meninggi.
"Pembunuh?".Tengku Eray memandang Helen tajam."Family aku bukan pembunuh!.Kau jangan mulut kau sikit.Yang jahat dekat sini tu kau!.Kau nak hancurkan keluarga aku kan?.Sorry lah girl...simpan angan-angan kau tu.Aku takkan biarkan kau senang-senang dalam rumah ni".Tengku Eray mendekatkan jaraknya dengan Helen."Kau takkan dapat apa yang kau cari sebab family aku ni orang baik-baik".Bisiknya di telinga Helen.
Helen tersenyum mengejek.Tengku Eray ditolak menjauh daripadanya."Baik?.Cerminlah diri you tu sikit.Lelaki berlagak baik.Wanna bet?.Kita tengok apa orang cakap bila tahu Tengku Eray yang disanjung sangat-sangat ni sebenarnya kaki perempuan, pemabuk, kaki clubbing!".
Tengku Eray mengetap giginya kuat.
"Kau perempuan...".
Helen senyum.
"Yes.I perempuan.Ada masalah?.You tu yang kena hati-hati sikit.Melekat sangat dengan perempuan nanti tak pasal-pasal sibuk nak jadi perempuan".
"Apa masalah kau,hah?.Kau jangan.....".
"..and pasal kerja dengan you tu, okeylah i terima.Manalah tahu i dapat cari bukti dekat office you pulak.Entah-entah you yang ada kaitan dengan kematian Helina kan.I pun dah mengantuk ni.See you tomorrow..boss".Potong Helen pantas sebelum beredar ke bilik air.Meninggalkan Tengku Eray di situ sendirian.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...