Please tell me that it just a lie..
______________________
"Siapa yang meninggal?".
"Helina".Ujar Datin Helda manakala Dato Rashdan hanya mendiamkan diri.
Helina terkedu.
"A..apa?".Helen segera mengalihkan pandangannya pada tulisan yang terukir di batu nisan dihadapannya.Dunianya seakan-akan berhenti berputar.Langkahnya terundur kebelakang dengan kepala yang diggelengkan."Ma..apa ni?!.Bawa Helen jumpa Lina.Tolonglah!.Helina mana?!".Bentak Helen dengan mata yang sudah berair."Ma..please..ma.I need to see Helina now..please..don't tell me that Helina is..no..no.Ma..please..tolong".
Tangan Datin Helda,Helen capai dengan teresak-esak.Berharap yang semua ni hanyalah sekadar mimpi ngeri yang akan hilang bila dia terjaga nanti.
Datin Helda segera menarik Helen yang teresak-esak menangis ke dalam pelukannya.Airmatanya turut mengalir."Sayang....Helen kena percaya cakap mama.Semuanya dah takdir Helina.Helen kena doakan Helina dekat sana".Pujuk Datin Helda sambil mengosok-gosok belakang anaknya dengan lembut.
Dato Rashdan menahan sebak.Wajahnya dipalingkan ke arah lain.Tidak sanggup bertentang mata dengan satu-satunya anak yang dia punya saat ini.
"Ma..no".Helen menggelengkan kepalanya berulang-ulang kali."Helina tak mungkin meninggal.Dia masih ada.Helen tak percaya yang Lina dah tak ada. Please tell me this just a lie. Dia..dia sepatutnya tunggu hilang..Lina tak boleh...".Rintih Helen dengan suara yang semakin lama semakin perlahan.
"Helen..Helen bangun sayang".Datin Helda bersuara dengan panik apabila melihat Helen sudah tidak sedarkan diri dalam pelukannya."Abang!!".
Dato Rashdan menoleh.Anaknya segera didekati."Kita kena bawa Helen ke hospital sekarang".
________________________
"Mika...makin lama I tengok you..makin handsome you nampak.You nak goda I ke apa?".Seorang perempuan yang berada di atas riba Tengku Eray bersuara dengan nada menggoda.Tangannya mengelus pipi Tengku Eray lembut bersama senyuman lebar dibibirnya."Tak boleh ke kalau malam ni you dengan I aje?.I akan pastikan you tak bosan dengan i".Pujuknya lagi.
Tengku Eray tersenyum nipis.Tangan yang hinggap di wajahnya dicapai lembut.Bibirnya turut mengukir senyuman."Kenapa?.You tergoda dengan I?.Well..I memang nak stay dengan you tapi you tahu kan yang I ni bukan jenis layan seorang perempua aje.So..the answer is no!".Tengku Eray menolak perempuan di atas ribanya menjauh.
"But mika...I love you.I can give anything you want.You tahu kan yang I ni anak orang kaya.I boleh bagi apa saja yang you nak.Boleh lah..Mika.Stay dengan I malam ni,ya?".Perempuan itu masih tidak mahu mengalah.Tangannya kini bermain di dada Tengku Eray.Kemudian,satu ciuman dihadiahkan di pipi Tengku Eray lalu dengan beraninya dia duduk kembali di atas riba Tengku Eray.
Tengku Eray tidak menolak kali ini.Laju sahaja tangannya melingkar di pinggang perempuan itu.Perempuan itu tersenyum puas.Wajahnya didekatkan pada Tengku Eray.
"Mika!".Satu suara menghentikan perbuatan perempuan itu.Tengku Eray menjengulkan kepalanya.Melihat siapa yang memanggil namanya melalui kacamata hitam yang dipakainya.Senyuman timbul dibibirnya apabila melihat Shahz dihadapannya."Mika..ikut aku sekejap.Ada hal penting aku nak cakap.Sekarang".Ujar Shahz lalu mengatur langkah ke satu sudut.Tanpa banyak soal,Tengku
Eray segera mengikuti Shahz."Mika!".Protes perempuan itu apabila ditinggalkan begitu sahaja.
"Oh lupa!".Tengku Eray mendekati perempuan itu kembali lalu pipi perempuan itu dihadiahkan satu ciuman sebelem Tengku Eray mendekati Shahz.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...