For you..i'll lie..
_________________________
"Abang...mummy".
Semua yang berada di situ menoleh.
Helen menghampiri mereka dengan senyuman palsu dibibir.Datin Helda yang meliht keadaan itu segera mengalihkan pandangannya pada Tengku Saleha dan Tengku Eray dihadapannya."Sebenarnya...".
"Helina tak berapa sihat".Helen segera memotong kata-kata mamanya."Sebab tu Lina tak balik rumah mummy.Lina tak nak susahkan mummy.Jadi..lina rasa lebih baik lina tinggal dekat sini sampai lina sembuh".Bohongnya.
Tengku Saleha tersenyum.
"Hishh..lina ni.Mummy kan ada.Mummy boleh jaga lina.Jadi sekarang..lina nak ikut mummy balik tak?".
"Mestilah Lina nak ikut mummy.Tempat seorang isteri kan disisi suaminya".Ujar Helen sambil menjeling Tengku Eray sekilas.
"Saleha..Eray..sebenarnya,Helina dah..".
"Mummy dengan abang tunggu Helina dekat luar dulu,ya?.Lina ada benda nak cakap dengan mama dan papa".Sekali lagi Helen memotong kata-kata mamanya.
"Yalah.Mummy dengan Eray tunggu Lina dekat luar.Jom Eray".Balas Tengku Saleha lalu mengisyaratkan Tengku Eray supaya mengikutinya keluar.
"Helen".Dato Rashdan yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara sebaik sahaja kelibat Tengku Saleha dan Tengku Eray menghilang.
"Kenapa Helen buat macam ni?".Soal Datin Helda pula.
"Kenapa?.Helen cuba buat perkara yang mama dan papa tak mampu buat.Tuntut keadilan atas kematian Helina".Ucap Helen serius.
"Bahaya Helen!.Kalau pembunuh tu tahu pasal ni, dia akan ingat yang Helen adalah Helina.Tak mustahil dia akan bunuh Helen pulak.Helen dengar cakap mama.Kita pindah ya?.Jauh dari sini".Tangan Helen dicapai lembut oleh Datin Helda.Berharap Helen akan mengikut nasihatnya.Namun, sangkaannya meleset apabila Helen menarik tangannya kembali.
"Itu lebih baik.Helen tak kisah kalau Helen perlu mati sekalipun sebab perkara ni.Mama dan papa jangan cuba halang Helen.Kalau tak..ini adalah kali terakhir mama dan papa jumpa Helen".Ugut Helen lalu segera meninggalkan Datin Helda dan Dato Rashdan berdua di situ.
"Helen!!".
______________________
Helen meliarkan pandangannya ke segenap ruang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Saleha.Jadi di sini lah Helina tinggal."Lina..berehat lah dulu.Mesti Lina penat kan.Nanti mummy panggil Lina turun makan bila makanan dah siap nanti".Tengku Saleha bersuara sebelum menghilangkan diri dan meninggalkanya berdua dengan Tengku Eray.
"Kau ikut aku".Ujar Tengku Eray lalu menarik tangan Helen menaiki tangga dan menuju ke sebuah bilik.
Pintu bilik dibuka lalu Helen ditolak masuk ke dalam."Kau boleh tak bagitahu aku kalau kau nak ke mana-mana?.Kau tahu tak yang mummy tu dah nak meroyan sebab kau tak balik rumah".
Helen berdehem kecil."Er..Lina minta maaf abang.Lina betul-betul tak sihat dan terlupa nak call abang".Ujar Helen lembut.
"Dah..dah!.Aku tak nak dengar maaf kau tu.Kau pun tahu kan kita kahwin pun sebab apa, aku tak nak lah ambil tahu pasal hal kau.Sekarang ni aku nak pergi office..ada meeting.Kau duduk aje aje dekat sini sampai mummy panggil".Arah Tengku Eray.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomantikBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...