I know this thing will be something cause I starting to feel something....
__________________________
Helen berdiri bersebelahan dengan Lyana. Senyuman diukirkan pada tetamu-tetamu yang mula membanjiri dewan hotel sempena majlis ulangtahun syarikat."Selamat datang". Ujar Lyana disebelahnya yang turut tersenyum.
Lyana menganggkat sebelah keningnya memandangnya Helen dari atas hingga ke bawah apabila tetamu melangkah masuk ke dalam dewan."Seriously, Helina..Lina pakai baju macam tu dekat majlis macam ni".
Helen sekadar mengangguk. Dia hanya sekadar membantu Lyana pada malam ni. Tugasnya adalah untuk memastikan majlis malam ini berjalan lancar. Jadi untuk apa dia bergaya seperti orang lain. Seluar slack hitam dan blouse berwarna putih di tubuhnya dipandang sekilas. Rambutnya pula disanggup kemas.
"It's okay.You still look beautiful.I'm jealous tapi Lina tak tahu ke malam ni ada tambahan acara. Tengku Eray akan pilih seorang perempuan dan menari dengan perempuan yang dia pilih depan semua orang. Akak macam tak ada harapan je nak terpilih. Mesti Tengku Eray akan pilih perempuan yang cantik-cantik".
"Ye ke?. Lina tak tahu pulak tentang perkara tu".Balas Helen jujur.Tiada pula Tengku Eray memberitahunya apa-apa. Yang Tengku Eray bagitahu adalah...
'Take my credit card. Masa jualan lelong nanti. Kau upah orang untuk 'beli' aku.Make sure perempuan tu cantik. Kalau perlu suruh perempuan yang kau upah tu tawarkan harga balik tinggi'
"Senyum pula. Dah lah jom masuk. Masa untuk tengok Tengku Eray kita dilelong. Akak dah tak sabar ni". Ajak Lyana mematikan lamunan Helen.Tangan Helen, Lyana tarik supaya mengikutinya masuk masuk ke dalam dewan.
Lyana dan Helen mengambil tempat di sebuah meja yang masih kosong. Bersama dengan beberapa orang pekerja yang lain. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki di atas pentas.
"Saya selaku MC hari ini mengucapkan terima kasih pada semua yang sudi hadir pada hari ini. Bagi tidak melengahkan masa, kita mulakan acara pertama kita. Acara yang pertama kali diadakan. Lelongan CEO E&M Holdings, Tengku Eray Mika!!!".
Suasana di dewan mula bertukar meriah dengan sorakan orang ramai. Helen sembunyi senyum apabila melihat seorang lelaki melangkah naik ke atas pentas lalu berdiri di tengah-tengah pentas dengan wajah tanpa perasaan.
Sorakkan semakin bertambah kuat.
" Tengku, I love you!!"
Terkejut Helen apabipa perkerja perempuan yang duduk semeja dengannya tiba-tiba melaung kuat.
"Tengku Eray Mika!!!"
"Handsome boy!".
"Woahhhhhhh!!".
"Nampaknya Tengku kita banyak peminat, Lina. Melepaslah akak nanti". Bisik Lyana di telinga Helen.
Helen hanya tersengih.
"Nampaknya Tengku Eray ramai peminat. Seperti yang dijangkakan". Sambung M.C majlis kembali." Kita mulakan bagi lelongan jejaka handsome yang berdiri di hadapan kita sekarang dengan nilai RM 10 ribu".
"RM 20 ribu!!". Seorang perempuan yang agak muda bersuara.
"RM 50 ribu!!".

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomansaBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...