When you be the reason why I smile, I don't think I can stand back....
_______________________
"Hurghhh...".Helen yang sedang membaca majalah di sofa menurunkan sedikit surat khabar yang menutupi wajahnya apabila mendengar seseorang merengus geram.Sebelah keningnya dianggkat sambil menayangkan wajah pelik apabila melihat Tengku Eray yang sedang mengelap air yang tumpah di atas lantai.
Apabila Tengku Eray berpaling dan menghadiahkan jelingan tajam, Helen pantas berpura-pura membaca majalah ditangannya kembali.
"Aku tak suka bilik aku bersepah".Tengku Eray bersuara dengan nada menyindir.
Helen diam.Kepalanya dianggukkan di sebalik majalah yang menutupi wajahnya.Nak buat macam mana, dia bukan orang yang suka kemas barang-barang.Selama ni pun dah cukup baik dia kemaskan barang dia.Dah perangai dia macam tu, nak buat apa lagi?.
"Ambil barang letak dekat dia balik.Sampah letak dalam tong sampah".
Helen mengangguk.
"Kalau air tumpah lap".
Helen mengangguk lagi.
"Pakaian yang dah pakai letak dalam bakul senang maid nak ambil nanti".
Baru saja Helen mahu mengangguk, tiba-tiba majalah ditangannya dirampas."Kau faham tak maksud bersepah tu macam mana?".Tengku Eray memandang Helen tajam.
"Er....bersepah-sepah?".Jawap Helen bodoh.
Tengku Eray tidak membalas.Sebaliknya, membongkakkan tubuhnya ke arah Helen.
"Er...are you okay?".Tanya Helen hairan.Tidak selesa apabila Tengku Eray mendekat.Merapatkan jarak di antara mereka berdua.
Helen yang berdebar-debar menjerit kecil apabila Tengku Eray menarik rambutnya secara tiba-tiba."Kemas sekarang.Aku tak pernah kemas benda orang lain buat.Kau perempuan pertama yang buat aku jadi maid dalam rumah aku sendiri".
Helen menjeling Tengku Eray tajam sambil bangun daripada sofa.Kepalanya digosok-gosok.Kasar betul.
"Apa?.Tak puas hati cakaplah".Cabar Tengku Eray sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang diduduki oleh Helen sebentar tadi.
"Tak puas hati".Balas Helen berani.
"Kau....".
"Awak yang bagitahu saya kalau tak puas hati cakap kan?.Saya tengah bercakap lah sekarang ni".
"Helen....".Tengku Eray bangun daripada sofa.Namun belum sempat Tengku Eray melangkah.Telefon bimbit di poket seluar Helen berbunyi.Tanpa membuang masa, Helen mengeluarkan telefonnya.Nama Gina terpapang diskrin.
Helen menayang muka simpati pada Tengku Eray.
"No!.Kemas bilik.Jangan nak sibuk jawap call.Kemas dulu".Tengku Eray bersuara.
Helen tidak melayan.Panggilan segera dijawap.Telefon ditekapkan pada telinga.Tengku Eray yang melihat segera bangun daripada sofa dan mendekati Tengku Eray.
"Kemas bilik se...".Kata-kata Tengku Eray terhenti apabila Helen menolak tubuhnya rapat ke dinding.Helen meletakkan sebelah tangannya pada dinding manakala sebelah tangannya lagi memegang telefon bimbit.Kepalanya dijauhkan sedikit daripada Tengku Eray.
YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...