pARt🌹43

2.3K 145 9
                                        

I need your voice, I need your face...I need you so bad, I wanna steal your kiss..

         ___________________________

Almari pakaian dibuka. Pakaian mula dikeluarkan satu persatu-persatu lalu dibawa ke katil. Barang-barang yang berada di atas meja berhampiran turut diambil lalu dimasukkan ke dalam bagasi yang berada di atas katil. Kemudian, Helen melabuhkan punggung di birai katil. Wajahnya diraup kasar.

           Perasaan bersalah menyelebungi dirinya. Pertama kali dia melihat Tengku Eray menangis semalam dan itu pun disebabkan dirinya. Kalau lah dia boleh cakap yang dia memang cintakan Tengku Eray kan bagus.

          Tapi mustahil untuk dia bersama Tengku Eray bila yang menjadi penyebab kenapa keluarganya terluka adalah daripada keluarga Tengku Eray sendiri. Jadi mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua. Tengku Eray bukan ditakdirkan untuknya.

             "Sekejap!!". Laung Helen apabila mendengar lonceng rumahnya ditekan.  Tanpa membuang masa, Helen segera bangun daripada katil dan turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu.

              "Sia...pa...kau?".

                Tersentak Helen sebaik sahaja membuka pintu apabila melihat Syana berdiri dihadapannya.

               "Hai to you too". Syana tersenyum sinis.

                "Kau....". Helen yang mahu bersuara terhenti apabila terasa kepalanya dipukul dengan kuat daripada belakang.

          "Welcome to hell, Helen". Syana tersenyum lebar apabila melihat Helen sudah rebah disitu tanpa sempat berbuat apa-apa.

            "Bawa dia!!". Arah Syana pada seorang lelaki yang memukul Helen sebentar tadi sebelum berjalan ke keretanya yang diparking tidak jauh daripada rumah Helen.

              "Baik bos!".

        __________________________

"Bangun!!". Kelopak mata Helen buka perlahan-lahan dengan payahnya apabila mendengar suara seseorang bersuara dengan lantang. Helen mengaduh kesakitan apabila kepalanya terasa sakit.

              "Is it hurt?".

               Helen mendongak. Terkedu Helen apabila melihat Syana berdiri dihadapannya. Pandangannya diliarkan ke sekeliling. Tak guna!. Bibir diketap kuat apabila menyendari tangan dan kakinya diikat pada kerusi.

                 "Nampak macam kau tak sedar-sedar lagi". Ucap Syana sinis lalu air yang berada di dalam baldi yang dipegangnya disimbah kasar ke wajah Helen.

                  "Kau takkan terlepas Syana. Polis tengah cari kau sekarang. Aku dah serahkan semua bukti yang menunjukkan kau bersubahat dengan Eddy!". Tentang Helen berani.

               "Pangg!!".

               Syana menampar pipi Helen kuat lalu rambut Helen ditarik. "Apa kau cakap? Polis akan tangkap aku. Never Helen. Never!. Aku nak kau tarik semula kata-kata kau pada pihak polis tentang aku dan aku nak kau bebaskan Eddy!. Kau faham tak, hah?!!". Sekali lagi pipi Helen ditampar Syana tanpa rasa serba-salah.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang