pARt🍂33

2.6K 167 14
                                        

Maybe I shouldn't take a step closer to you...

          __________________________

                 "Helen?".

               "What you doing here...Eray Mika?". Helen menjatuhkan topeng ditangannya ke atas tanah lalu menapak mendekati Tengku Eray dengan bercampur-baur. "Did you killed my twin?. Did you killed Helina?!".

               "Helen, listen...".

               Terdiam Tengku Eray apabila Helen melayangkan satu tumbukkan di wajahnya. "You lied to me!. Saya bagitahu awak semua ni tapi awak adalah orang yang bunuh Helina?!". Tengking Helen lantang dengan wajah tidak percaya.

              "Apa yang kau cakap ni?. Aku yang aku dah buat?".

               "Penipu!. Jangan berlagak tak tahu. Kalau awak tak tahu apa-apa, habis tu awak buat apa dekat sini?!". Helen cuba untuk memukul Tengku Eray tetapi Tengku Eray pantas mengelak daripadanya.

              "Helen stop it!". Marah Tengku Eray apabila Helen tidak habis-habis mahu memukul dirinya.

             "You bastard!!". Jerit Helen lalu cuba menumbuk wajah Tengku Eray sekali lagi dan kali ini tumbukkannya mengena. Tepat.

           Tengku Eray mengetap giginya kuat. Bengang!. Tangan Helen yang mahu menumbuknya sekali lagi ditangkap lalu tubuh Helen dipusingkan. Kemudian, dalam sekelip mata tubuh Helen dipeluk erat daripada belakang.

          "Let me go!!". Marah Helen sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri.

            "Helen listen!!". Pelukkan dieratkan. "Calm down. Aku tak tahu apa yang kau cakap tapi bukan aku yang bunuh Helina. Aku tak buat kerja macam tu!. Tempat ni milik aku, Eddy dan Esyraf. Aku memang datang ke sini kalau ada masa. Kau faham tak?".

            Rontaan Helen terhenti. Patut ke dia percayakan Tengku Eray?. Macam mana dia nak tahu yang Tengku Eray tidak menipunya?.

             Tengku Eray mengeluh berat. Pelukkan dileraikan lalu tubuh Helen dipusingkan menghadapannya. Helen hanya membiarkan perbuatan Tengku Eray. Namun, Helen tergaman saat tangan Tengku Eray naik menyelak rambutnya kebelakang telinga dengan lembut. Wajah Tengku Eray didekatkan padanya.

              "Trust me. Aku tak bunuh Helina. Cuba kau fikir, kalau aku memang bunuh Helina buat apa aku jadikan kau isteri palsu aku. Kau takkan ada dekat sini sekarang. Aku akan bunuh kau masa kali pertama kau mengaku yang kau tu Helina. Lagipun, dengan perangai kau yang suka buat sepah, annoying, degil dan selalu menyusahkan aku, kau ingat aku akan tunggu lama untuk bunuh kau?". Bisik Tengku Eray ditelinga Helen lalu menjarakkan wajahnya kembali daripada Helen.

          Helen menarik nafas sedalamnya. Tengku Eray dihadapannya dipandang. Kuat jugak dia menumbuk Tengku Eray sehingga ternampak kesannya tapi apa yang Tengku Eray cakap ada betulnya. Mustahil Tengku Eray akan bersabar dengannya kalau memang dia pembunuh Tengku Eray.

            "I am not going to say sorry for that". Helen menunjuk ke arah pipi Tengku Eray yang ditumbuknya lalu mengatur langkah untuk pergi dari situ. Ganjaran kerana Tengku Eray mengutuknya.

             Tengku Eray yang melihat segera menarik baju yang dipakai oleh Helen. Menghalang Helen daripada melangkah. "Kau nak pergi mana?". Soalnya hairan.

                "Balik". Ucap Helen sepatah.

                  "Berhenti panjat pagar. Pintu kan ada".

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang